KPPB Mampu Memantapkan Latihan Pendidikan Guru

KPPB Mampu Memantapkan Latihan Pendidikan Guru

Oleh Muhaimi Suhaili

KAPASITI Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) mampu memantapkan latihan pendidikan guru selaras dengan perkembangan global bagi melahirkan insan guru yang beriltizam tinggi,  berdedikasi, dan berjiwa proaktif.

Demikian dinyatakan oleh Tuan Haji Mohd Zain bin Badui, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim ketika ucapan pembukaan Bengkel Sokongan Profesional KPPB dan Objek Pembelajaran Digital (OPD), Kluster IV Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) yang diadakan secara talian hari ini.

 

Gambar: Tuan Haji Mohd Zain bin Badui, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim

Beliau juga melahirkan rasa bangga kerana melalui bengkel ini, semua pihak yang terlibat akan dapat meningkatkan dan menambah baik aspek-aspek seperti penglibatan, pelaksanaan, pemahaman dan pembudayaan serta pemerkasaan KPPB dalam kalangan semua warga IPG.

“Semoga segala usaha, kegigihan kalian dan perkongsian ini akan dapat membantu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran sama ada dalam konteks IPG mahu pun di sekolah demi berhadapan dengan gelombang cabaran dunia globalisasi”, tambah beliau.

Terdahulu,  dalam ucapan Dr. Razila binti Aw Kamaludin, Penyelaras KPPB peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)  berkata bahawa inilah masanya untuk semua warga IPGK di seluruh Malaysia berkongsi pengalaman melaksanakan Bimbingan Perancangan Kurikulum (BPK) dalam misi bertukar-tukar pengalaman dan idea bagi menjadikan aktiviti pelaksanaan kurikulum di semua IPGK memenuhi hasrat dan aspirasi bersama.

Menurut beliau, peranan pensyarah amat penting bagi memastikan pelaksanaan bimbingan perancangan kurikulum mencapai hasrat sesuai dengan peranan mereka sebagai activator, co-learner, dan co-designer, selain memberi autonomi kepada pelajar supaya belajar sendiri, memilih alat atau cara tersendiri iaitu dengan mengaitkan pengetahuan dan kemahiran baharu di dalam dunia yang sebenarnya.

 

Gambar: Dr. Razila binti Aw Kamaludin, Penyelaras KPPB peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) 

“Tugas kita amat berat dan kompleks dalam situasi masa kini kerana kita berhadapan dengan generasi alpha dan pada masa yang sama menyediakan guru-guru yang mempunyai kekuatan dan kalis masa depan, serta mampu bersaing di peringkat global”, tambah beliau.

Beliau juga menegaskan bahawa perlunya perancangan rapi ke arah pengaplikasian kelima-lima model KPPB iaitu kompetensi global 6C, Model Reka Bentuk Pembelajaran, Model Pembelajaran Murid, Model 3E dan Model 3R, ketika mereka bentuk pelan pembelajaran.

 

Gambar: Pengacara majlis, Dr. Mohd Zulfahmi bin Bahaudin dari IPGK Temenggung Ibrahim

Majlis perasmian pembukaan kali ini telah diacarakan oleh  Dr. Mohd Zulfahmi bin Bahaudin dari IPGK Temenggung Ibrahim  dengan dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Guru Malaysia selepas bacaan doa oleh Cik Ahmad Faqieh bin Cik Saipu Liza dari IPG Kampus Ipoh.

 

Gambar: Cik Ahmad Faqieh bin Cik Saipu Liza dari IPG Kampus Ipoh.

Selepas Majlis Pembukaan, Bengkel Sokongan Profesional dimulakan dengan menyaksikan enam kluster IPGK  membentang perancangan kurikulum kursus-kursus yang ditawarkan pada  Semester 1, Ogos hingga Disember 2023.

Selepas majlis pembukaan tamat, pengacara menyerahkan majlis kepada moderator bengkel Sokongan Profesional kepada Dr Wan Nornajmiwati binti Wan Ab Rahman, Dari IPGK Darulaman.

 

Gambar: Moderator, Dr Wan Nornajmiwati binti Wan Ab Rahman, dari IPGK Darulaman.

Pada Bengkel Sokongan Profesional kali ini sebanyak tiga pembentangan OPD KPPB dan tiga pembentangan untuk kategori KPPB.

Bengkel yang diadakan secara dalam talian melalui platform Google Meets ini telah dihadiri seramai 87 orang peserta anjuran enam kluster iaitu IPGK Tengku Ampuan Afzan, IPGK Temenggong Ibrahim, IPGK Ipoh, IPGK Kota Bharu, IPGK Raja Melewar dan IPGK Darulaman.

 

Gambar: Maklum balas daripada Dr. Ng Pei Fern daripada pembentangan Encik Muhamad Firdaus bin Mohamad

Pembentangan pertama bagi Bengkel SP ini ialah dari IPG Kampus Ipoh oleh Encik Muhamad Firdaus Bin Mohamad dari Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral. Kursus yang terlibat ialah PIMK3152 iaitu Inovasi Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran yang dilaksanakan secara stand alone dengan The Big Idea atau Idea Utama iaitu "Innovator Cemerlang Membentuk Generasi Berjaya".

 

Gambar: Slaid pembentangan oleh Encik Redzuan Bin Radzi dengan OPD yang dihasilkan

Pembentangan yang kedua pula ialah oleh Encik Redzuan Bin Radzi dari Jabatan Ilmu Pendidikan dengan kursus EDUP3123 Pedagogi dengan TBI: “Pedagogi Untuk Pendidikan Masa Hadapan” secara stand alone mewakili IPGK Tengku Ampuan Afzan.

 

Gambar: Encik Zalhisham bin Abdul Ghaizi ketika membuat pembentangan

Selepas itu pula pembentangan dibuat oleh Zalhisham bin  Abdul Ghaizi bagi Kursus BMMB1144 Kesantunan Berbahasa dengan TBI Aktiviti Berbahasa Dalam Kemahiran Belajar dari IPGK Kota Bharu secara stand alone.


Gambar: En. Muhaimi bin Suhaili bersama-sama dengan Panel Penilai, Dr. Ng Fei Fern dan Pn. Nur Fadhilah binti Abdul Jalil

Kumpulan yang berikutnya pula ialah oleh Encik Muhaimi bin Suhaili, Encik Mohd Izan bin Yusop dan Dr. Abdul Karim bin Mansor dari Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Raja Melewar. Kursus yang terlibat dilaksanakan secara interdisciplinary untuk BMMB3193 Pengantar Kesusasteraan Melayu dan BMMB3183 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu dengan TBI: “Keunikan Budaya Asas Pembinaan Bangsa”.

 

Gambar: Pn. Fadzliani binti Fadzil dan En. Mohd Hafni bin Abdul Halim bersama-sama dengan Panel Penilai, Pn. Nur Fadhilah binti Abdul Jalil dan Pn. Azlin binti Mohd Rosdi

Pembentangan berikut ialah Pn. Fadzliani binti Fadzil dan En. Mohd Hafni bin Abdul Halim dari Jabatan Ilmu Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral dengan kursus yang digabungkan iaitu EDUP 3123 Pedagogi dan PIMK3283 Pedagogi Ibadah, Adab dan Jawi dengan TBI: “Strategi Pengajaran & Pembelajaran ke arah Pedagogi Bermakna”.

 

Gambar: Dr. Mardiana binti Idris bersama-sama dengan panel penilai, Pn. Nur Fadhilah bin Abdul Jalil dan En. Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak

Pembentang terakhir ialah Dr. Mardiana Bt. Idris, Pn Siti Shamizatul Bt. Abd. Paris Khan dan Pn Zuliani Bt Kamaruddin dari Jabatan Bahasa & Jabatan Ilmu Pendidikan. Pelaksanaan interdisiplinary tersebut melibatkan Kursus: TSLB3152 Digital Innovation in Teaching and Learning, TSLB3163 Curriculum Studies dan EDUP3083 Leadership and Teacher Professional Development dengan TBI: Leading Digitally Innovative Classroom Practitioners Towards Sustainable Education.

Antara ahli panel yang turut menjayakan Bengkel Sokongan Profesional kali ini ialah Puan Azlin Binti Mohd Rosdi dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Dr. Ng Pei Fern dari Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim dan Puan Norfadhilah binti Abdul Jalil dari Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka.

Antara maklum balas yang disampaikan oleh ahli-ahli panel ialah perancangan OPD hendaklah menjelmakan model 3E dengan lebih jelas dan benar-benar dilaksanakan.

Untuk yang biasa dengan stand alone, tiba masanya pada semester akan datang, para pensyarah melaksanakan kursus-kursus secara interdisiplinary pula.

Selain itu, canangkan dan raikan aspirasi bersama, umpamanya membawa inovasi yang dihasilkan ke peringkat yang tertinggi.

Terdapat OPD yang dapat membuat penilaian kendiri agar pelajar dapat merefleksikan diri tentang keberkesanan pembelajaran mereka.

Usaha-usaha seperti memotivasikan pelajar untuk mengambil kursus secara dalam talian berkaitan dengan kursus yang diikuti akan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran sebagai pembelajaran sepanjang hayat.

Pengalaman menghasilkan OPD boleh dikongsikan kepada rakan-rakan di IPG sebagai satu daripada perkongsian bijak.

TBI hendaklah ditambah baik dengan meneliti aspek mikro dan makro secara rinci agar lebih bersifat besar dan menyeluruh.

Ada usaha memberi pemahaman pelajar tentang kaitan pembelajaran dengan model KPPB dalam ruangan sisipan OPD agar kefahaman itu dilaksanakan secara sedar.

 

Gambar: Dr. Siti Rosni binti Mohamad Yusoff ketika membuat rumusan keseluruhan

Task Force KPPB yang turut menjayakan Bengkel Sokongan Profesional kali ini ialah Dr. Siti Rosni bin Mohamad dari IPG Kampus Ipoh yang turut menjadi pemantau dan seterusnya membuat ulasan keseluruhan Bengkel Sokongan Profesional kali ini.

Antara ulasan yang disampaikan oleh beliau ialah semua IPGK melepasi engagement apabila ada bukti penggunaan digital.

Selain itu para pembentang menunjukkan pemahaman tentang clarity untuk tujuan merungkai dan penggunaan borang KMR dan merungkai yang baharu telah dipraktikkan.

Keseluruhannya, TBI sesuai tetapi perlu jelas dan menyeluruh.

Perancangan juga telah melibatkan pembangunan Sites dan terus dijelmakan melalui OPD. Walau bagaimana pelajar perlu dididik dengan etika penggunaan web.

Selain itu, pembentangan perancangan kali ini banyak melibatkan rakan-rakan pembelajaran sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Dari aspek penilaian kendiri pula, ada ditekankan dan mereka dapat menilai pengalaman pembelajaran mereka.

 

Gambar: Foto berkumpulan yang menyertai Bengkel Sokongan Profesional Kluster VI

Bengkel Sokongan Profesional Kluster IV diselaraskan oleh enam ADIWIRA yang diterajui bersama oleh Encik Sufian bin Shah Ariffin (IPGK Tengku Ampuan Afzan), Dr. Ng Pei Fern (IPGK Temenggong Ibrahim), Dr. Hamdiah binti Jailani (IPGK Ipoh), Hajah Noor Akbari binti Ismail Ali (IPGK Kota Bharu), Encik Muhaimi bin Suhaili (IPGK Kampus Raja Melewar), dan Encik Saifudin Azam Shah bin Ahmad (IPGK Darulaman).

Bengkel ini diakhiri dengan menyanyikan lagu IPGM sebelum bersurai.

 

☆☆☆☆☆

Related Articles

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Pelawat

Hari Ini115
Semalam140
Minggu Ini390
Bulan Ini1169
Jumlah Pelawat146866

Who Is Online

1
Online

2024-05-08