Portfolio

Program Turun Ke Sekolah: Melonjakkan Inovasi Pembelajaran (TUKESMIP) 2024 - Kolaboratif IPGM Kampus Raja Melewar & PPD Jempol dan Jelebu

Program Turun Ke Sekolah: Melonjakkan Inovasi Pembelajaran (TUKESMIP) 2024 - Kolaboratif IPGM Kampus Raja Melewar & PPD Jempol dan Jelebu

 

Oleh Muhaimi Suhaili

PROGRAM Turun Ke Sekolah: Melonjakkan Inovasi Pembelajaran (TUKESMIP) 2024 bersama-sama dengan Rakan Kolaboratif Pembelajaran Teaching School dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Raja Melewar dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jempol dan Jelebu, dirancang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini.


Gambar: Encik Mohamad Zaidi bin Ishak, Pengarah IPGM Kampus Raja Melewar (kanan) dan Cik Norshahida binti Shaarim (Timbalan PPD Sektor Pembelajaran PPD Jempol dan Jelebu) ketika sesi perbincangan

Demikian dinyatakan oleh Encik Mohamad Zaidi bin Ishak, Pengarah IPGM Kampus Raja Melewar ketika perbincangan dengan PPD Jempol dan Jelebu yang diwakili Cik Norshahida binti Shaarim (Timbalan PPD Sektor Pembelajaran PPD Jempol dan Jelebu), Encik Mohd Khizam bin Abu Hassan (Penolong PPD USTP) dan juga bersama-sama dengan  guru-guru besar di tiga buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Kuala Klawang,  Sekolah Kebangsaan Teriang dan Sekolah Kebangsaan Undang Jelebu semalam.

Rombongan IPGM Kampus Raja Melewar turut diwakili oleh Dr. Noziati binti Borhan (Ketua Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi), Encik Mohd Izan bin Yusop (Ketua Jabatan Pengajian Melayu), Encik Muhaimi bin Suhaili, Puan Kharsiah binti Mohd Nor, Puan Irma Yanti binti Mahamud, Dr. Suriani binti Mohd Yusof dan Dr. Asmahani binti Muhthar.

Gambar: Encik Muhaimi Suhaili (dua dari kanan) ketika membentangkan konsep Program TUKESMID 2024

Program TUKESMIP 2024 ialah satu program Teaching School berbentuk bimbingan menghasilkan inovasi dengan menggunakan Kaedah e-EDEBEB untuk guru-guru sekolah dalam pengajaran dan pembelajaran di Negeri Sembilan.

Kaedah e-EDEBEB pernah memenangi Pingat Emas dalam Mechanizing The Minds anjuran IPGM Kampus Perempuan Melayu Melaka pada 17 & 18 Oktober 2023 bertempat di Universiti Multimedia Melaka.

Gambar: Barisan rakan kolaboratif IPGM Kampus Raja Melewar dan PPD Jempol dan Jelebu

Sebagai program rintis, TUKESMIP 2024 akan memberi fokus kepada sekolah-sekolah bawah PPD Jempol dan Jelebu.

Dalam sesi perbincangan itu, IPGM Kampus Raja Melewar akan menyediakan konsultansi dalam bidang inovasi dan kreativiti, menyelaras aktiviti pengisian dalam siri-siri bengkel yang akan diadakan dan memberi bimbingan menggunakan pendekatan proses sehinggalah kepada penghasilan inovasi untuk dipertandingkan.

Bimbingan tersebut berfokus kepada aspek penghasilan inovasi, dokumentasi, penulisan dan persembahan.

 

Gambar: Sesi brainstorming sedangkan diadakan bagi mencapai keputusan terbaik

PPD Jempol dan Jelebu akan menyediakan peserta-peserta kursus, kemudahan berkursus, menyelaras aktiviti yang melibatkan kebajikan peserta, dan seterusnya menjadi host Konvensyen Inovasi dan Kreativiti Impak Tinggi (KIKIT) 2024 dengan kerjasama IPGM Kampus Raja Melewar.

Perbincangan kerangka awal program ini sudah dimulakan pada 26 Januari dan 1 Mac pada tahun ini berdasarkan pelan perancangan Kumpulan Design Thinking IPGM Kampus Raja Melewar.

Gambar: Pertemuan kedua-dua pihak telah banyak menyelesaikan isu untuk menjadikan Program TUKESMID 2024 menjadi kenyataan

Bengkel tersebut akan dimulakan pada bulan April ini melibat kohort pertama dengan penyertaan seramai 30 orang guru dengan empat siri bengkel.

Selain itu, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk membuat pengambilan kohort kedua yang juga melibatkan 30 orang guru dengan empat siri bengkel yang sama.

Sesi bimbingan tersebut akan dimulakan pada bulan April dan berakhir pada bulan September sebelum acara kemuncak KIKIT 2024 yang akan diadakan pada bulan Oktober, disertai oleh para peserta Program TUKESMID 2024 kohort pertama dan kohort kedua.

 

*****



Date

15 Mac 2024

Tags

Inovasi

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Pelawat

Hari Ini110
Semalam155
Minggu Ini110
Bulan Ini889
Jumlah Pelawat146586

Who Is Online

2
Online

2024-05-06