SAMBUTAN Maulidur Rasul peringkat IPG Kampus Raja Melewar disambut meriah

SAMBUTAN Maulidur Rasul peringkat IPG Kampus Raja Melewar disambut meriah

Oleh Muhaimi Suhaili

 

SAMBUTAN Maulidur Rasul peringkat Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Raja Melewar disambut meriah oleh seluruh warganya yang menyaksikan perarakan di sekitar kawasan kampus yang diadakan pada 12 Rabiulawal 1445 Hijrah.

Perarakan tersebut dimulakan dari parkir awam yang berhadapan dengan blok pentadbiran ke Surau Darul Insyirah, melibatkan sebanyak sembilan kumpulan yang terdiri daripada  pelajar, pensyarah dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP), anjuran Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), sepanjang lebih kurang 400 meter.

Antara objektif program ini ialah menyatupadukan dan mengeratkan hubungan silaturahim antara umat Islam khususnya hubungan silaturahim antara pelajar dan pensyarah, pelajar dengan masyarakat dan secara tidak langsung dapat menerapkan perasaan hormat dan sikap bersatu padu antara satu sama lain.

Sambutan ini juga dapat mengingatkan kembali kisah perjuangan Rasulullah SAW dalam mengembangkan ajaran agama Islam serta mengetahui ajaran dan sunnah Baginda yang mendidik rasa cinta kepada Baginda dalam kalangan pelajar.

Selain itu, dapat memberi peluang pelajar IPG Kampus Raja Melewar melibatkan diri dalam merancang dan mengelola program dan seterusnya mengaplikasikannya di sekolah apabila tamat pengajian.

Pada akhir majlis, Encik Mohamad Zaidi bin Ishak telah menyampaikan cenderamata kepada penceramah, kumpulan Hadrah Maahad Tahfiz Darul Ulum dan pemenang pertandingan Sepanduk Digital dan Perarakan Maulisur Rasul.

Pemenang tempat pertama pertandingan Sepanduk Digital Maulidur Rasul ialah Muhammad Adeeb bin Zainal, Muhammad Amirul Hafiz bin Mohd Asri, dan Mohamad Afiq Hakimi bin Mohamad Sukri (PPISMP PIMK). 

Tempat kedua pula ialah Siti Nur Habibah binti Aman Shah, Nurul Hakimah Solehah binti Daud, dan Siti  Nur Farhana Eizatty binti Norazni (PPSMP PAKK). Bagi tempat ketiga pula ialah Nurulain binti Mansor (PPSIMP TSLB).

Johan bagi Pertandingan Perarakan Maulidur Rasul pula ialah Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, dan Unit Kokurikulum yang mewakili Kumpulan 5.

Naib Johan pula ialah Jabatan Hal Ehwal Pelajar dari Kumpulan 9, manakala tempat ketiga pula ialah Jabatan Pengajian Melayu & Jabatan Perancangan Penyelidikan dan Inovasi dari Kumpulan 6.

Terdahulu, dalam ucapan Dr Abdul  Razak Abd Che yang mewakili Ketua Jabatan JAPIM menyatakan bahawa program ini dapat menzahirkan perasaan kecintaan kita kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Gambar dari kiri: Ustaz Muhammad Hilmi bin Lahuri,  Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Seremban, Encik Mohamad Zaidi bin Ishak, Pengarah IPG Kampus Raja Melewar & Dr Abdul  Razak Abd Che, Pensyarah JAPIM mewakili Ketua Jabatan.

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan dan penglibatan semua warga IPGKRM dalam menjayakan aktiviti sambutan bagi tahun ini termasuk pihak luar. 

Dalam ucapan, beliau turut menyeru kepada semua agar perlu belajar bahasa Arab, selain belajar bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan menyantuni bahasa loghat Negeri Sembilan. 

"Belajar bahasa Arab ialah sunah nabi kerana baginda bertutur dalam bahasa Arab. Kita perlu belajar bahasa Arab kerana bahasa al-Quran dan sunnah”, tambah beliau.

Pada akhir program, Encik Mohamad Zaidi bin Ishak. Pengarah IPGKRM turut memberi ucapan dalam majlis penutupan tersebut.

Beliau mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas penglibatan semua pihak yang menjayakan program Sambutan Malidur Rasul sama ada dalam kalangan warga IPG Kampus Raja Melewar mahu pihak luar seperti sesi ceramah dan persembahan kumpulan Hadrah Maahad Tahfiz Darul Ulum.

Beliau turut memanjatkan rasa kesyukuran kerana semua yang hadir berkesempatan memperoleh nikmat berkumpul, berarak dan memeriahkan majlis ilmu ini lebih-lebih lagi selepas dunia dilanda Pandemik COVID-19, dengan menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam.

Beliau juga turut berasa kagum dengan sambutan oleh seluruh warga kampus kerana bersungguh-sungguh menjayakan perarakan dalam satu semangat berpasukan yang tinggi, meskipun menang dan kalah bukanlah ukurannya.

Terdahulu, para peserta telah mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hilmi bin Lahuri,  Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Seremban, bertajuk “Mengenali dan Menolak Ajaran Sesat dalam Maulidur Rasul”.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Penolong Ketua Jabatan, Dr. Zuraini binti Yaakub, Ketua-ketua Jabatan dan Ketua-ketua Unit.

Berikut ialah rakaman majis sambutan tersebut.

 

*****

Related Articles

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Pelawat

Hari Ini112
Semalam140
Minggu Ini527
Bulan Ini1306
Jumlah Pelawat147003

Who Is Online

1
Online

2024-05-09