Objek Pembelajaran Digital (OPD) Menyokong Pelaksanaan KPPB

Objek Pembelajaran Digital (OPD) Menyokong Pelaksanaan KPPB

Oleh Muhaimi Suhaili

OBJEK Pembelajaran Digital (OPD) Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) menyokong pelaksanaannya dalam kalangan pelajar dan juga pensyarah selaras dengan Dasar Pendigitalan Pendidikan seperti mana yang dilancarkan baru-baru ini. 

Cabaran dan kemahiran digital yang tinggi diperlukan bagi merealisasikan OPD-KPPB bagi setiap kursus yang dipelajari dengan berkongsi semua aktiviti yang kreatif, unik, menarik dan kritis dalam platform Google Site yang telah dibina.

Demikian dinyatakan oleh Dr. Khairudin bin Said, Pengarah IPGM Kampus Kota Bharu dalam ucapan perasmian pembukaan Bengkel Showcase KPPB dan OPD-KPPB, Semester I, Sesi Ogos - Disember 2023 semasa sesi pembukaan yang diadakan pada 17 Januari 2024.

 

Gambar: Dr. Khairudin bin Said, Pengarah IPGM Kampus Kota Bharu

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak IPGM kerana telah memberikan kepercayaan penuh kepada enam IPGM kluster pada pagi ini, iaitu IPGMK Kota Bharu, IPGMK Tengku Ampuan Afzan, IPGMK Temenggong Ibrahim, IPGMK Ipoh, IPGMK Raja Melewar dan dan IPGMK Darul Aman. 

Beliau juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan Task Force IPGM KPPB, WIRAWAN KPPB-OPD, para Panel Maklum Balas, dan ADIWIRA KPPB-OPD bagi keenam-enam IPG Kampus, yang berjaya menganjurkan showcase kali ini.

Beliau turut melahirkan perasaan bangga kerana melalui showcase warga IPGMK dapat menambah baik, dan meningkatkan nilai tambah dari segi perancangan, pelaksanaan, pemahaman dan pembudayaan serta pemerkasaan KPPB-OPD terhadap seluruh warga IPGM.

“Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna yang telah dijalankan sepanjang semester mampu melahirkan insan guru yang beriltizam tinggi, berdedikasi, berjiwa produktif, berfikiran terbuka, dan berwibawa”, tambahnya.

Gambar: Sesi mengambil gambar selepas majlis perasmian pembukaan

Beliau juga mengharapkan supaya segala usaha, kegigihan dan perkongsian ini dapat membantu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran sama ada dalam konteks IPGM mahu pun di sekolah demi berhadapan dengan gelombang cabaran dunia globalisasi.

Terdahulu, Dr. Razila Aw Kamaluddin, Penyelaras Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB), IPGM, dalam ucapan alu-aluannya menjelaskan bahawa showcase dapat membugarkan amalan kolaboratif seperti mana yang dilaksanakan sekarang ini yang melibatkan enam Institut Pendidikan Guru Malaysia kampus termasuk pensyarah, ADIWIRA KPPB-Objek Pembelajaran Digital (OPD), WIRAWAN KPPB-OPD dan para pelajar.

 

Gambar: Dr. Razila binti Aw Kamaludin, Penyelaras KPPB IPGM ketika ucapan alu-aluannya

Menurutnya, pelaksanaan pembelajaran secara menyeluruh membolehkan pensyarah sentiasa membuat perancangan KPPB secara bertujuan dan berfokus kepada hasil pembelajaran bagi meningkatkan amalan kolaboratif serta memanfaatkan teknologi seperti mana yang dilaksanakan dalam showcase kluster ini mahupun di peringkat IPGM minggu hadapan.

“Perancangan secara bertujuan telah melibatkan aktiviti merungkai, merangkai, melaksanakan backward design iaitu Kefahaman Melalui Reka Bentuk (KmR) hinggalah kepada penghasilan Jadual Spesifikasi Tugasan (JST) ketika sesi Bimbingan Perancangan Kurikulum (BPK) ” tambahnya.

Showcase dapat menzahirkan model KPPB yang dipelajari semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan aspirasi pelajar dapat dikembangkan melalui maklum balas yang diberikan oleh Task Force agar dapat meningkatkan pemahaman ke arah penambahbaikan.

Pelaksanaan KPPB menjadi amalan terbaik sejajar dan bertepatan dengan peranan IPG sebagai Peneraju Kecemerlangan Guru Bertaraf Dunia iaitu menyediakan generasi alaf baharu yang melihat perubahan adalah peluang yang dapat merealisasikan peningkatan kualiti kehidupan yang lebih baik.

“Kita sekarang sudah menjangkau ke pascanormal apabila kita berhadapan dengan suasana ketidaktentuan dan rasa kecemasan seperti keretapi yang meluncur ke arah ketidaktahuan", tambahnya.

Tambahnya, untuk keluar daripada pascanormal ini kita boleh merenung dengan lebih mendalam tentang bagaimana kita hidup dan bertindak, pilihan yang kita buat dan cara kita membayangkan masa hadapan kita.

"Sejauh manakah kita menyediakan suasana pendidikan yang sesuai untuk generasi masa hadapan, apatah lagi untuk menyediakan generasi yang memiliki kompetensi, sahsiah, jati diri, berdaya tahan dan kalis masa depan?", lontarnya.

Yang utama menurutnya, pendidikan haruslah berwajah dan berkarakter bangsa Malaysia.

 

Gambar: Juruacara majlis, Muhammad Ammar Wafiq bin Abdul Razak

Juruacara majlis perasmian pembukaan kali ini ialah Muhammad Ammar Wafiq Bin Abdul Razak iaitu siswa guru dari IPGM Kampus Kota Bharu.

Sebelum ini, majlis pembukaan telah dimulakan dengan nyanyian lagu IPGM sebelum bacaan doa yang dibacakan oleh Muhammad Arfan bin Noor Aznan, siswa guru dari IPGM Kampus Ipoh. 

 

Gambar: Muhammad Arfan bin Noor Aznan

Selepas majlis pembukaan, sesi pembentangan showcase KPPB-OPD telah dimulakan dengan menyerahkan majlis kepada moderator iaitu Nur Izzati Imani binti Muhamad, siswa guru dari IPGM Kampus Darulaman.

 

Gambar: Moderator sesi pembentangan, Nur Izzati Imani binti Muhamad

 

PEMBENTANGAN PERTAMA: IPGM KAMPUS KOTA BHARU

Kategori: KPPB

Kursus: BMMB 1144 Kesantunan Berbahasa  

TBI: Aktiviti Berbahasa dalam Kemahiran Belajar

Nama Pelajar: Nurhikmatul Husna binti Norazmi, Nurin Alya binti Mohd Asinol, Aleeya Nisreena binti Sabri, Wan Nur Azmawati binti Wan Abdullah.

Pensyarah pembimbing: Encik Zalhisham bin Abdul Ghaizi (Jabatan Pengajian Melayu)

Ahli panel: Dr. Fazliza Che Amat, IPGM Kampus Sultan Abdul Halim & Dr. Adeline Leong Suk Yee, Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah

Gambar: Panel pemberi maklum balas, Dr. Adeline Leong Suk Yee 

PEMBENTANGAN KEDUA:  IPGM KAMPUS AMPUAN AFZAN

Kategori: OPD

Kursus: EDUP3123 Pedagogi

TBI: Pendidikan untuk Masa Depan

Nama Pelajar: Nur Rabiatul Aldawiah binti Mohd Zailan, Nur Asma Azmina binti Mohamad Sahaimi, Nurul Fara Ashikin binti Md Nordin

Nama Pensyarah Pembimbing: Encik Redzuan bin Radzi (Jabatan Ilmu Pendidikan)

Ahli Panel: Encik Mohd Faizul Hafiz bin A Razak, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh



Gambar: Panel pemberi maklum balas, Encik Mohd Faizul Hafiz bin A Razak (Kanan) bersama-sama dengan pembentang OPD, Encik Redzuan bin Radzi

 

PEMBENTANGAN KETIGA: IPGM KAMPUS IPOH

Kategori: KPPB

Kursus: EDUP3123 Pedagogi & EDUP3133 Teknologi Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran

TBI: Pendidik Kompeten Membangun Generasi Alfa Bertaraf Global

Nama Pelajar: Amatillah Umairah Binti Mohd Zaki, Bhaveethira a/p Kiumars, Fatin Nur Zafira binti Shaari, Nur Diana Amirah Binti Azam & Nurfatihah binti Harun 

Pensyarah Pembimbing: Dr. Lok Wai Foong & Dr. Hamdiah binti Jailani (Jabatan Ilmu Pendidikan)

Panel Penilai: En Mohd Faizul Hafiz Bin A Razak, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh & Dr. Ng Pei Fern, Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim

 

PEMBENTANGAN KEEMPAT: IPGM KAMPUS RAJA MELEWAR

Gambar: Dr. Zurina binti Mustaffa (kiri) bersama-sama dengan panel pemberi maklum balas, Puan Nur Fadhilah binti Abdul Jalil 

Kategori: OPD

Kursus: GPIM1022 Pendidikan Islam

TBI: Keperibadian Rasulullah SAW dalam Pembentukan Jati Diri Umat Islam

Nama pelajar: Muhammad Nur Aiman bin Nadzran, Irfanur Iqbal bin Moktar, Muhammad Aiman bin Fawzi & Mohamad Zharif Irham bin Mohamad Asri

Pensyarah Pembimbing: Dr. Zurina binti Mustaffa & Puan Noracyhan Binti Mohamad Bakri (Jabatan Pendidikan Islam dan Moral)

Panel Penilai: Dr. Ng Pei Fern, Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim & Puan Norfadhilah binti Abdul Jalil, Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu


Gambar: Panel pemberi maklum balas, Dr. Ng Pei Fern (kiri)

 

PEMBENTANGAN KELIMA:  IPGM KAMPUS DARULAMAN

Gambar: Puan Fadzliani binti Fadzil (kiri) dan Encik Mohd Hafni bin Abd Halim (tengah) ketika diberi maklum balas oleh ahli panel, Dr. Fazliza bin Che Amat

Kategori: OPD

Nama pensyarah: Fadzliani binti Fadzil

Kursus: EDUP3123 Pedagogi

Nama Pensyarah: Mohd Hafni bin Abd Halim

Kursus: PIMK3283 Pedagogi Pendidikan Islam

TBI: Strategi pengajaran dan pembelajaran Ke Arah Pembelajaran Bermakna

Ahli panel: Dr. Fazliza Che Amat, IPGM Kampus Sultan Abdul Halim & Puan Norfadhilah binti Abdul Jalil, Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu

 Gambar: Puan Fadhilah binti Abdul Jalil ketika memberi maklum balas (kiri)

 

PEMBENTANGAN TERAKHIR:  IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

Gambar: Para pembentang ketika diberi maklum balas oleh Dr. Fazliza binti Che Amat

Kategori: OPD

Kursus: TSLB3152 Digital Innovation in Teaching and Learning, TSLB3163 Curriculum Studies & EDUP3083 Leadership and Teacher Professional Development

TBI: Resilient Educators for Navigating Sustainable Digital Education

Nama Pelajar: Azira binti Mohammad Yacob, Nur Athirah Hanim binti Zahri, Wan Syahidatul Faeizah binti Wan Daud & Nurul Allya Najwa binti Abdul Razak

Nama Pensyarah Pembimbing: Dr. Mardiana binti Idris, Puan Siti Shamizatulfiza binti Abd Paris Khan & Puan Zuliani binti Kamaruddin

Ahli panel: Dr. Fazliza Che Amat, IPGM Kampus Sultan Abdul Halim & En Mohd Faizul Hafiz Bin A Razak, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh 

Gambar: Encik Faizul Hafiz bin A. Razak ketika memberi maklum balas kepada para pembentang

Berdasarkan pembentangan dan maklum balas daripada ahli panel dapatlah dibuat analisis berdasarkan kategori di bawah iaitu SOALAN yang dikemukakan, KEKUATAN dan CADANGAN PENAMBAHBAIKAN. Selain itu, rumusan ULASAN TASK FORCE selaku Pemantau turut dikongsikan di bawah ini.

SOALAN:

  1. Bagaimanakah proses penghasilan The Big Idea (TBI) itu dihasilkan?
  2. Siapakah rakan pembelajaran yang membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anda terutamanya dalam kalangan pakar dalam satu-satu bidang?
  3. Apakah manfaat yang diperoleh sepanjang pengalaman pembelajaran anda?
  4. Apakah Hasil Pembelajaran Kursus (HPK) yang diharapkan dalam kursus-kursus yang anda ikuti?
  5. Apakah bukti yang menyokong bahawa hasrat yang terdapat dalam HPK itu tercapai?
  6. Bagaimanakah pengetahuan daripada satu kursus yang anda pelajari dapat membantu menghasilkan satu produk dalam satu kursus lain yang dilaksanakan secara interdisciplinary?
  7. Apakah input-input yang diperoleh daripada rakan pembelajaran dapat membantu ke arah penghasilan produk yang dihasilkan oleh anda dalam Pentaksiran Berterusan (PB)?
  8. Bagaimanakah interdisiplinary dapat membantu anda ke arah pembelajaran bermakna?
  9. Bagaimanakah penglibatan pelajar dalam membangunkan OPD?
  10. Bagaimanakah aktiviti pembelajaran anda telah sampai ke tahap Extension?
  11. Apakah fokus khusus pada beberapa butang Pembelajaran Bermakna yang terdapat dalam OPD yang dibangunkan?
  12. Bagaimanakah semua HPK yang digabungkan dalam satu TBI, dapat menghasilkan satu produk akhir?

KEKUATAN

  1. Pembentangan yang jelas, tepat dan memenuhi ciri-ciri KPPB.
  2. Ada bukti-bukti yang menunjukkan model-model KPPB diaplikasikan.
  3. Adanya rakan pembelajaran yang pakar dalam sesuatu bidang membantu mengukuhkan pengetahuan dan pemahaman tentang satu-satu kursus yang diikuti.
  4. OPD yang dihasilkan oleh pensyarah dan yang berkolaboratif dengan pelajar sangat lengkap.
  5. Adanya usaha untuk menjadikan pelajar sebagai co-learner dan co-designer dalam pembelajaran.
  6. Pensyarah berjaya menghasilkan OPD secara interdisiplinary.
  7. Elemen KPPB terdapat dalam OPD yang dihasilkan.
  8. Terdapat penilaian kendiri tentang kompetensi global 6C dalam OPD.
  9. Berlaku kolaboratif dan perbincangan yang sangat baik untuk menentukan proses interdisciplinary dan dapat dijayakan bagi mengelak pertindanan.
  10. Jawapan atau maklum balas pelajar daripada soalan yang berikan mantap dan jelas.
  11. Pelajar berasa yakin, berpengetahuan dan sangat jelas ketika menjawab soalan.
  12. Pensyarah berjaya membuat interdisiplinary bagi kursus-kursus yang diikuti oleh pelajar yang sama dalam satu-satu semester.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

  1. TBI boleh bersifat lebih luas dimensinya seperti melibatkan amalan daripada dimensi kehidupan sebenar kita hinggalah yang melangkaui dimensi sejagat.
  2. Kekalkan momentum terbaik daripada penghasilan OPD daripada yang sedia ada dan sentiasa berfikir untuk menambah baik keefisienannya.
  3. Kaitkan OPD dengan kerelevanan dalam pembelajaran kita dan kongsikan dengan rakan-rakan lain.
  4. Teknologi daripada aspek Extension hendaklah diperluas dengan stakeholder agar dapat dikaitkan dengan kehidupan yang sebenarnya daripada berada di dalam lingkungan bilik kuliah semata-mata.

ULASAN TASK FORCE 

Gambar: Dr. Siti Rosni binti Mohamad Yusoff ketika memberi ulasan keseluruhan

Ulasan ini disampaikan oleh Dr. Siti Rosni binti Mohamad Yusoff, Task Force KPPB selaku Pemantau dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh. Antara ulasan beliau ialah:

  1. Pengacara dan moderator berjaya mengendalikan majlis dengan fasih dan lancar.
  2. Pelajar menunjukkan keyakinan yang tinggi dan berani berkongsi pengalaman pembelajaran mereka.
  3. Pelajar menonjolkan kemahiran dari aspek 6C terutamanya kemahiran komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis dan kreatif.
  4. Pelajar telah melalui pengalaman pembelajaran dengan mempamerkan daya fikir yang tinggi dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
  5. Adanya hasrat pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh daripada kursus yang dipelajari di IPGMK untuk dibawa ke sekolah melalui penjajaran ilmu.
  6. Pelajar-pelajar digesa supaya mengutip ilmu sebanyak mungkin sebagai bekal ke sekolah nanti agar mudah  diasimilasikan dalam kehidupan sebenar sebagai guru baharu.
  7. Model 3E telah diaplikasikan dengan jayanya.
  8. Pelajar menggunakan platform digital dalam melakukan extension melalui kolaboratif dengan pihak luar.
  9. Adanya kerja-kerja pendokumentasian sebagai bahan-bahan bukti pelaksanaan satu-satu aktiviti pembelajaran.
  10. Reka bentuk OPD memenuhi semua elemen KPPB yang diperlukan.
  11. Dicadangkan agar adanya keseragaman dari aspek istilah supaya dapat membezakan OPD KPPB dengan OPD lain seperti Pembelajaran Bermakna 1, Pembelajaran bermakna 2 dan seterusnya, metadata dan sebagainya seperti yang disyorkan.
  12. Keseluruhannya, OPD-KPPB menepati ciri-ciri yang dicadangkan.
  13. Pelajar perlu menjadi “segar” (kreatif) dan semasa (terkini) dalam berhadapan dengan dunia VUCA (volatility, uncertainty, complexity, & ambiguity) dan sentiasa mempunyai idea dalam menangani isu-isu yang lahir dalam suasana ketidaktentuan. 
  14. Hubungan dengan rakan pembelajaran seperti pensyarah, agensi luar, dan cikgu sekolah perlu dijalin dari masa ke masa untuk connecting the dots.
  15. Mereka menjadi sumber maklumat "segar" dan terkini tentang apa yang berlaku di sekolah sesuai dengan keperluan pendidikan semasa.

Gambar: Sesi mengambil gambar selepas selesai sesi pembentangan

Majlis diakhiri dengan aktiviti mengambil gambar sebelum nyanyian lagu IPGM menutup tirai Showcase KPPB & OPD-KPPB Kluster 6.

*****

Related Articles

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Pelawat

Hari Ini143
Semalam169
Minggu Ini143
Bulan Ini3245
Jumlah Pelawat148942

Who Is Online

1
Online

2024-05-20