Triple E - Memahaminya melalui Soalan Pencetus Idea (Essential Question)

Triple E - Memahaminya melalui Soalan Pencetus Idea (Essential Question)

Catatan Muhaimi Suhaili

Triple E Framework ialah kerangka untuk pendidik mengukur bagimanakah bagusnya alat teknologi diintegrasikan dalam pelajaran membantu pelajar untuk Engage (LIBATKAN), Enhance (TINGKATKAN) dan Extend (PERLUAS) matlamat pembelajaran.

Dalam laman web tripleeframework.com menjelaskan tentang Triple E dalam pembelajaran. Sumber tersebut menjelaskan tentang keupayaan teknologi dalam membantu pembelajaran pelajar yang dikutip daripada buku Learning First, Tecnology Second oleh Liz Kolb.

Berikut ialah beberapa soalan pencetus idea atau essential question (EQ) yang dapat menjadi senarai semak seperti yang dinyatakan dalam laman web tersebut.

Engage (LIBATKAN)

  1. Adakah teknologi membolehkan pelajar memberi tumpuan kepada tugasan atau aktiviti tanpa banyak gangguan?
  2. Adakah teknologi memotivasikan pelajar dalam memulakan proses pembelajaran?
  3. Adakah teknologi menyebabkan berlakunya perubahan sikap pelajar daripada pasif kepada yang aktif apabila bersosial dalam persekitaran pembelajaran?

Enhance (TINGKATKAN)

  1. Adakah alat teknologi membantu pelajar membangunkan atau menunjukkan pemahaman yang tinggi terhadap kandungan pembelajaran?
  2. Adakah teknologi menjadi platform kepada pelajar untuk memahami sesuatu konsep atau idea dengan lebih mudah lagi?
  3. Adakah teknologi menyediakan jalan untuk pelajar memahami matlamat pembelajaran mereka yang tidak dapat dilaksanakan oleh alat tradisional?

Extend (PERLUAS)

  1. Adakah teknologi menyediakan peluang kepada pelajar belajar di luar pada hari-hari kebiasaan persekolahan mereka?
  2. Adakah teknologi dapat menghubungkan antara pembelajaran di sekolah dengan pengalaman hidup setiap hari pelajar?
  3. Adakah teknologi membolehkan pelajar membina kemahiran untuk dimanfaatkan dalam kehidupan seharian mereka?

Daripada EQ di atas, dapatlah dibuat kesimpulan seperti berikut:

Di peringkat engage (LIBATKAN), bagaimanakah teknologi dapat membantu memotivasikan pelajar untuk belajar dengan menggunakan pelbagai tool?

Di peringkatkan enhance (TINGKATKAN), bagaimanakah teknologi dapat meningkatkan penguasaan pelajar dari aspek pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari?

Di peringkat extend (PERLUAS), bagaimanakah teknologi dapat membina pengetahuan dan kemahiran baharu untuk diaplikasi dan digunakan dalam kehidupan sebenarnya?

*****

Related Articles

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Pelawat

Hari Ini125
Semalam143
Minggu Ini268
Bulan Ini2578
Jumlah Pelawat142935

Who Is Online

2
Online

2024-04-16