Portfolio

Transformasi Pedagogi Kontemporari dan Reka Bentuk Backward Design dalam Memperkasakan Pembelajaran Bermakna

Transformasi Pedagogi Kontemporari dan Reka Bentuk Backward Design dalam Memperkasakan Pembelajaran Bermakna

 
Oleh Muhaimi Suhaili

 

Perkembangan pesat sosioekonomi, kemajuan teknologi digital, dan tuntutan kemahiran abad ke-21 menuntut anjakan paradigma mendalam dalam perancangan serta pelaksanaan pedagogi di bilik darjah. 

Penulisan ini menganalisis evolusi pedagogi daripada era Antik dan Klasik kepada Pedagogi Kontemporari dan mengupas secara kritis proses merungkai Dokumentasi Standard, dan pelaksanaan pendekatan Backward Design (Kefahaman melalui Reka Bentuk - KmR).

Perbincangan ini juga turut menekankan aspek penguasaan kejelasan guru (teacher clarity) dan perubahan peranan murid daripada penerima pasif kepada perancang bebas (self-navigator) serta pereka bentuk inovatif yang merupakan teras dalam melahirkan warganegara global yang berdaya saing dan kalis masa depan.

Mukadimah

Dalam era transformasi digital dan kepatuhan terhadap keperluan persekitaran global yang dinamik, sistem pendidikan berdepan cabaran untuk melahirkan modal insan yang bukan sahaja menguasai pengetahuan asas, malah berkeupayaan memproses, mencipta, dan mengaplikasi ilmu secara holistik. 

Penulisan ini bertujuan menganalisis secara terperinci tiga domain utama iaitu Evolusi Kluster Pedagogi: Daripada era Antik dan Klasik kepada Pedagogi Kontemporari dan Prinsip Reka Bentuk Backward Design: Menerusi proses merungkai Dokumen Standard (Unpacking for Clarity).

 

Evolusi Kluster Pedagogi: Daripada Antik ke Kontemporari

Berdasarkan pandangan Jacobs dan Alcock (2017) menerusi karya Bold Moves for Schools: How We Create Remarkable Learning Environments (Chapter 1: Refreshed Pedagogy for Contemporary Learner), perkembangan pedagogi terbahagi kepada tiga kluster utama:

Pedagogi Antik (Antiquated Pedagogy)

Peranan Murid sebagai Learner as receptacle, placeholder, robot, obedient receiver, follower, dan nonentity.

Ciri-ciri utama ialah pembelajaran berpusatkan guru secara mutlak. Penekanan adalah terhadap aspek penghafalan, ketaatan, dan penerimaan maklumat tanpa persoalan. Disiplin dikawal ketat dan kurang memberi ruang kepada kreativiti serta pemikiran bebas.

Pedagogi Klasik (Classical Pedagogy)

Antara peranan murid adalah sebagai Learner as critical thinker, collaborative team member, project-based planner, creative thinker, researcher, dan knowledge organizer.

Antara ciri utama ialah berpindah ke arah pembelajaran berasaskan intelektual, pemikiran kritis, dan kerja kolaboratif. Murid mula memainkan peranan aktif dalam projek dan penyelidikan, namun masih terikat dengan struktur kurikulum berasaskan bimbingan guru.

Pedagogi Kontemporari (Contemporary Pedagogy)

Terdapat lima peranan murid seperti di bawah ini.

  1. Self-navigator: Mengurus dan mengarah pembelajaran kendiri.
  2. Social contractor: Berinteraksi dengan komuniti dan membina tanggungjawab sosial.
  3. Media critic & media maker: Menilai media secara etika serta mencipta kandungan berinformasi.
  4. Innovative designer: Menggunakan pemikiran reka bentuk (design thinking) untuk menyelesaikan masalah dunia sebenar.
  5. Globally connected citizen: Mengaitkan pembelajaran dengan isu global.

Antara ciri utama ialah mengutamakan autonomi murid, berhubung secara global, berteraskan teknologi, fleksibel, serta bersifat terbuka.

Justifikasi ke anjakan paradigma ini ialah transisi daripada pemindahan ilmu (Behaviorisme) kepada pembentukan makna (Konstruktivisme & Connectionism), serta didorong oleh perubahan struktur sosioekonomi, era kebanjiran maklumat, serta tuntutan Kurikulum Abad ke-21.

 

Merungkai Dokumen Standard (DS) dan Pendekatan Backward Design (KmR)

Melalui pendekatan Backward Design atau Kefahaman melalui Reka Bentuk (KmR), prinsip “Fikirkan Destinasi Dahulu”, barulah “Merancang Perjalanan” merupa satu analogi dalam mereka bentuk sesuatu pembelajaran itu.

Perbandingan Pendekatan Tradisional vs. Backward Design

Pendekatan Tradisional:
Kurikulum (C)⟶Aktiviti PdP / Pedagogi (P)⟶Pentaksiran (A)

Hal ini berisiko apabila aktiviti dirancang tanpa kepastian awal tentang bukti pentaksiran.

Pendekatan Backward Design:
Kurikulum / Hasil Diharapkan (C)⟶Pentaksiran / Bukti Hasilan (A)⟶Strategi PdP (P)

Kelebihannya ialah memastikan aktiviti pembelajaran dipandu secara langsung oleh bukti pentaksiran.

Tiga Peringkat Utama Backward Design (KmR)
  1. Peringkat 1: Menentukan Hasil yang Diharapkan (Desired Results) - Meneliti Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP).
     
  2. Peringkat 2: Menentukan Bukti Pentaksiran (Assessment Evidence) - Menetapkan tugasan dan bukti bahawa murid mencapai kefahaman.
     
  3. Peringkat 3: Merancang Pelan Pembelajaran (Learning Plan) -  Menyusun strategi dan aktiviti PdP yang menyokong keperluan pentaksiran.
     
Proses Merungkai Standard Pembelajaran (Unpacking for Clarity)
  1. Mencerakin Kemahiran & Pengetahuan:
    • Pengetahuan: Apa yang murid tahu (Kata atau frasa nama/Kandungan/Konsep).
    • Kemahiran: Apa yang murid dapat lakukan (Kata kerja/tindakan).
    • Kefahaman: Apa yang murid akan faham.
  2. Membina Tema / Idea Utama (The Big Idea): Merumuskan fokus utama pembelajaran rentas disiplin. Bagi Pembelajaran Bersepadu, Idea Utama ialah tema-tema yang telah ditetapkan seperti mana yang terdapat dalam Dokumen Kurikulum.
  3. Kompetensi Murid: Menentukan kompetensi murid yang akan dicapai dari aspek Perkembangan Diri, Komunikasi, Tanggungjawab, Fasih Digital, Literasi Pelbagai, Kemahiran Berfikir dan Belajar Sepanjang Hayat. 
  4. Menghasilkan Soalan Pencetus Idea (Essential Question): Membina soalan terbuka yang mencetuskan pemikiran beraras tinggi.
  5. Membentuk Kriteria Kejayaan (Success Criteria): Menyediakan panduan jelas kepada murid untuk mengukur kejayaan pembelajaran.

 

Alatan Pedagogi Kontemporari: Model Pelibatan, Kerangka 3E & 3R

Model Pelibatan Murid (Student Engagement Model)

Pelibatan bermakna berlaku pada persilangan tiga hubungan utama:

  • Kejelasan Guru (Teacher Clarity): Hubungan Guru - Kurikulum (Saiz Kesan: 0.75) — Guru yang jelas tentang objektif dan kriteria kejayaan memberikan impak tertinggi.
  • Perhubungan (Relationship): Hubungan Guru - Murid (Saiz Kesan: 0.52) — Membina persefahaman dan persekitaran yang selamat.
  • Cabaran (Challenge): Hubungan Murid - Kurikulum (Saiz Kesan: 0.52) — Menyediakan tugasan beraras tinggi yang mencabar potensi murid.

Kerangka Triple E (Liz Kolb, 2017)

Menilai integrasi teknologi dalam pengajaran:

  1. Engage (Pelibatan): Adakah teknologi membantu murid fokus kepada tugasan (time-on-task), meningkatkan motivasi, dan mengubah peranan murid daripada pasif kepada aktif?
  2. Enhance (Penambahan Value): Adakah alatan digital membantu murid memahami konsep secara mendalam, menyediakan scaffolding, dan menunjukkan kefahaman yang sukar dicapai alatan tradisional?
  3. Extend (Peluasan): Adakah teknologi menghubungkan pembelajaran bilik darjah dengan pengalaman kehidupan sebenar dan kemahiran harian di luar sekolah.

Rajah: Kerangka Triple E (3E)

 

Kerangka Rigor, Relevance & Relationship (Daggett, 2016)

Menghubungkan Taksonomi Pengetahuan (Mengingat → Memahami → Mengaplikasi → Menganalisis → Menilai → Mencipta) dengan Model Aplikasi:

  • Rigor (Ketegasan Intelektual): Menitikberatkan pemikiran kritis dan pemikiran beraras tinggi (KBAT).
  • Relevance (Kerelevanan): Mengaitkan aplikasi ilmu daripada situasi rutin dalam satu disiplin kepada situasi bukan rutin dunia sebenar.
  • Relationship (Perhubungan): Membina jaringan sosial yang positif.
     

Contoh Aplikasi Matriks 3R (Aplikasi Pemanfaatan Digital)

  • Kuadran A (Pemerolehan / Acquisition): Murid menggunakan Google Sheets untuk memasukkan nama negara dan ibu negara.
     
  • Kuadran B (Aplikasi / Application): Murid menggunakan Google Earth untuk mencari lokasi fizikal ibu negara tersebut secara maya.
     
  • Kuadran C (Asimilasi / Assimilation): Murid menganalisis dan merumuskan justifikasi mengapa lokasi berkenaan dipilih sebagai ibu negara.
     
  • Kuadran D (Adaptasi / Adaptation): Murid menghasilkan blog, e-book, atau flipbook interaktif yang menilai ciri unik negara serta memberikan cadangan inovatif.

 

   Rajah: Kerangka 3R

 

Aplikasi Pembelajaran Bersepadu Melalui Dimensi Model 3R

A. Dimensi RELEVAN (Kebermaknaan Dunia Sebenar)

Aplikasi Pembelajaran Bersepadu: Mata pelajaran gabungan seperti Alam dan Manusia dalam Kurikulum 2027 menyatukan pelbagai disiplin ilmu (Sains, Pendidikan Kesihatan, Muzik, Seni Visual, TVET, dan Digital) menerusi satu isu atau tema dunia sebenar.

Pelaksanaan: Murid tidak lagi mempelajari Sains atau Seni secara berasingan. Sebagai contoh, tema "Pengurusan Sisa dan Alam Sekitar" dipelajari secara berpadu.

  1. Sains & Kesihatan: Memahami kesan pencemaran sisa terhadap kesihatan diri.
  2. TVET & Seni Visual: Merekabentuk kraf/barangan berguna menggunakan bahan terpakai.
  3. Digital: Merekod dan membuat pembentangan menerusi media digital.

 

B. Dimensi RIGOR (Ketegasan Kognitif / KBAT)

Aplikasi Pembelajaran Bersepadu: Pembelajaran Bersepadu berasaskan Model 3R menggalakkan aktiviti berfikir aras tinggi (KBAT) dengan menggerakkan murid daripada hanya sekadar menghafal fakta asas kepada aplikasi masalah yang kompleks.

Pelaksanaan:

Kuadran C (Asimilasi): Murid menganalisis dan membanding bezakan pelbagai dapatan kajian kes tentang perubahan iklim berasaskan integrasi ilmu sains dan kesihatan.

Kuadran D (Adaptasi): Murid mencapai kemuncak Pembelajaran Bermakna apabila mereka dikehendaki mereka cipta projek penyelesaian masalah sisa pepejal di kawasan sekolah atau komuniti tempatan menggunakan gabungan idea seni, TVET, dan digital.

 

C. Dimensi RELATIONSHIP (Hubungan & Kolaboratif)

Aplikasi Pembelajaran Bersepadu: Pembelajaran merentas disiplin memerlukan pendekatan yang lebih kolaboratif, tidak lagi berpusatkan seorang guru secara berasingan.

Pelaksanaan:

Pengajaran Berpasukan (Co-Teaching): Dua orang guru (contohnya guru kepakaran Sains dan guru kepakaran Seni/TVET) mengajar bersama-sama dalam satu sesi PdP untuk membimbing murid.

Kerja Sepasukan Murid: Murid dibimbing untuk bekerjasama secara inklusif dalam kumpulan, memupuk komunikasi, empati, dan kecerdasan sosioemosi semasa menyelesaikan tugasan bersepadu.

 

Kesimpulan

Perubahan daripada pedagogi Antik dan Klasik kepada Pedagogi Kontemporari merupakan satu kemestian dalam mendepani cabaran pendidikan moden.

Perubahan Peranan Guru sebagai pembentuk dan pereka bentuk pembelajaran bermakna (learning designer) berbanding sekadar penyampai maklumat akan menjadikan pembelajaran itu lebih berimpak tinggi.

Pemantapan Kejelasan Guru melalui proses merungkai Dokumen Kurikulum berdasarkan Standard Pembelajaran, guru dapat memastikan penyampaian PdP berfokus, teratur, dan mempunyai impak tinggi.

Selain itu, pengintegrasian Kerangka 3E dan 3R memastikan murid dapat membina kemahiran Abad ke-21.

 

RUJUKAN

Daggett, W. R. (2016). Rigor/Relevance Framework: A Guide to Focus Instruction and Assessment. International Center for Leadership in Education.

Jacobs, H. H., & Alcock, M. W. (2017). Bold Moves for Schools: How We Create Remarkable Learning Environments. ASCD.

Institut Pendidikan Guru Malaysia. (2026). Modul latihan peningkatan kompetensi guru: Pembelajaran bersepadu KP2027. Pusat Kecemerlangan Akademik, IPGM Cyberjaya. 

Kolb, L. (2017). Learning First, Technology Second: The Educator's Guide to Designing Authentic Lessons That Include Technology. ISTE.

Wiggins, G., & McTighe, J. (2005). Understanding by Design (2nd ed.). ASCD.
 

*****

Date

13 Ogos 2026

Tags

Pembelajaran Bersepadu

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Perkongsian

Pelawat

Hari Ini399
Semalam1429
Minggu Ini8922
Bulan Ini26214
Jumlah Pelawat557814

Who Is Online

3
Online

2026-09-27