Model Reka Bentuk Pembelajaran - Suatu Analisis Komprehensif ke Arah Pembelajaran Bermakna

Model Reka Bentuk Pembelajaran - Suatu Analisis Komprehensif ke Arah Pembelajaran Bermakna

Oleh Muhaimi Suhaili

 

Pengenalan dan Latar Beakang Konsepsual

Dalam era kebangkitan sains maklumat, teknologi kecerdasan buatan (AI), dan kompleksiti sosioekonomi global abad ke-21, sistem pendidikan dunia mengalami anjakan paradigma daripada amalan pemindahan pengetahuan tradisional (content transmission) kepada Pembelajaran Bermakna (Deep Learning).

Pembelajaran tradisional yang berteraskan hafalan dan penyampaian sehala didapati tidak lagi memadai untuk membekalkan murid dengan keupayaan menangani cabaran dunia nyata yang bersifat Volatile, Uncertain, Complex, and Ambiguous (VUCA).

Menurut Michael Fullan, M. et al (2018), pembelajaran bermakna merujuk kepada proses iaitu pelajar membina keupayaan untuk mengaplikasikan kefahaman secara berkesan dalam situasi dunia nyata, menyelesaikan masalah kompleks, mencipta pengetahuan baharu, serta membina enam kompetensi global abad ke-21 yang dikenali sebagai Sahsiah (Character), Kewarganegaraan (Citizenship), Kolaboratif (Collaboration), Komunikasi (Communication), Kreativiti (Creativity) dan Pemikiran Kritis (Critical Thinking). 

Model Reka Bentuk Pembelajaran diperkenalkan bawah Kerangka Kapasiti Pembelajaran Bermakna (KPPB) yang diadaptasi secara meluas oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi merealisasikan anjakan pedagogi ini. 

Model ini mengintegrasikan empat elemen dinamik iaitu Rakan Pembelajaran, Persekitaran Pembelajaran, Pemanfaatan Digital, dan Amalan Pedagogi (Fullen, 2018).



Rajah: Model Reka Bentuk Pembelajaran (Adaptasi: Fullan, M. et al (2018). Deep Learning: Engage the World, Change the World. Thousand Oaks California: Sage Publication

 

Analisis Terperinci Empat Elemen Model Reka Bentuk Pembelajaran

Model Reka Bentuk Pembelajaran dibina berasaskan empat komponen utama yang saling berinteraksi secara sinergistik. 

Penulisan ini menganalisis secara rinci setiap elemen bawah tema Kenapa, Siapa, dan Bagaimana seperti di bawah.

 

Rakan Pembelajaran (Learning Partnerships)

KENAPA (Rasional): Bertindak sebagai penggerak atau pendorong (catalyst/driver) utama pembelajaran melalui pembentukan hubungan sinergistik yang merentas sempadan bilik darjah.

SIAPA (Yang Terlibat): Murid, guru, rakan sekelas, komuniti (ibu bapa, alumni, pihak industri), pakar bidang, dan rakan maya.

BAGAIMANA (Mekanisme Pelaksanaan):

  1. Menetapkan Perubahan Struktur Perhubungan: Mengubah peranan tradisional guru daripada "sumber pengetahuan tunggal" (sage on the stage) kepada "rakan kongsi pembelajaran" (co-learner/guide on the side).
  2. Mewujudkan Matlamat dan Hasrat yang Telus: Menyusun matlamat pembelajaran (learning goals) dan kriteria kejayaan (success criteria) secara bersama (co-design) antara guru dan murid.
  3. Menggunakan Proses Kerjasama yang Jelas: Membangunkan rutin kolaborasi, komunikasi berasaskan kesepakatan, dan langkah kejayaan yang telus untuk mencapai impak sasaran.

Persekitaran Pembelajaran (Learning Environments)

KENAPA (Rasional): Menyediakan persekitaran yang interaktif, inklusif, selamat dari segi emosi, dan berpusatkan murid bagi merangsang daya cipta serta penerokaan.

SIAPA (Yang Terlibat): Guru, Murid, dan Komuniti.

BAGAIMANA (Mekanisme Pelaksanaan)

  1. Penilaian Kebolehan dan Keperluan: Menggunakan pelbagai alat diagnostik dan proses pentaksiran untuk memahami kepelbagaian bakat, profil, dan keperluan akademik murid.
  2. Pembinaan Iklim Pembelajaran Fleksibel: Membina budaya di mana pembelajaran boleh berlaku *pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja (merentas ruang fizikal dan maya).
  3. Mengangkat Suara Murid (Student Voice): Memberikan ruang dan hak memilih (choice and voice) kepada murid dalam merancang serta mereka bentuk tugasan pembelajaran
  4. Perkongsian dengan Keluarga dan Komuniti: Membina jalinan erat dengan ibu bapa dan rakan komunitari untuk menyokong proses pembelajaran bermakna.

 

Pemanfaatan Digital (Leveraging Digital)

KENAPA (Rasional): Memanfaatkan keupayaan teknologi untuk meningkatkan motivasi, menyediakan pengalaman pembelajaran autentik, dan membolehkan pembelajaran terarah kendiri.

SIAPA (YangTerlibat): Guru dan Murid.

BAGAIMANA (Mekanisme Pelaksanaan)

  1. Akses Maklum Balas Masa Nyata (Real-Time Feedback): Mendorong murid menggunakan platform digital untuk menerima maklum balas secara langsung daripada guru, rakan sebaya, atau sistem pintar.
  2. Mod Fleksibel Berasaskan Keperluan: Menyediakan mod pembelajaran berasaskan keupayaan individu (personalized learning) dan kumpulan.
  3. Digital sebagai Perancah (Scaffolding): Menggunakan peranti, perisian, dan aplikasi digital untuk menyokong proses pemikiran beraras tinggi (KBAT).
  4. Penciptaan Pengetahuan Baharu (Knowledge Creation): Mendorong murid memanipulasi teknologi digital untuk menghasilkan produk, inovasi, atau penyelesaian isu dunia nyata.

 

Amalan Pedagogi (Pedagogical Practices)

KENAPA (Rasional): Memberi ruang autonomi kepada murid untuk membuat pilihan, sekali gus meningkatkan penglibatan aktif (student engagement) dan motivasi intrinsik.

SIAPA (Yang Terlibat): Guru dan Murid.

BAGAIMANA (Mekanisme Pelaksanaan):

  1. Reka Bentuk Berasaskan Penyelidikan: Menyusun tugasan berasaskan strategi pedagogi yang terbukti berkesan melalui kajian ilmiah (contohnya, Project-Based Learning, Problem-Based Learning, Inquiry-Based Learning).
  2. Tugasan Pembelajaran Bermakna (Deep Learning Tasks): Mereka bentuk tugasan yang memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi, penyelesaian masalah berstigma rumit, dan aplikasi situasi sebenar.
  3. Strategi Perancah dan Pembelajaran Terarah Kendiri: Menyediakan sokongan bertahap (scaffolding) sambil membimbing murid menjadi pembelajar mandiri (self-directed learners).
  4. Pentaksiran Berkelanjutan (Feed-up, Feedback, Feed-forward):

      Feed-up: Ke mana murid menuju? (Penjelasan matlamat pembelajaran).

      Feedback: Di mana murid berada sekarang? (Maklum balas prestasi semasa).

      Feed-forward: Apakah langkah seterusnya? (Tindakan susulan untuk penambahbaikan).

 

APLIKASI DAN CONTOH PRAKTIKAL 

Elemen Reka Bentuk

Contoh Aplikasi Kontekstual Malaysia

Contoh Aplikasi Kontekstual Global 

Rakan Pembelajaran

Program TS25 & IPG (KPPB): Dalam projek Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) KPPB di IPG atau sekolah TS25, murid bekerjasama dengan Jabatan Pertanian Negeri dan Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) untuk membina sistem hidroponik pintar di sekolah. Murid mendapatkan maklum balas terus daripada pakar pertanian tempatan. |

Rangkaian Global New Pedagogy for Deep Learning (Finland/Kanada): Murid di Finland bekerjasama dengan saintis penyelidik dari universiti tempatan dan murid dari negara Kanada menerusi persidangan video untuk mengkaji corak migrasi burung akibat perubahan iklim.

Persekitaran Pembelajaran

Inisiatif Sekolah Ruang Terbuka & Komuniti: Mengubah perpustakaan sekolah menjadi Maker Space yang membolehkan murid bekerja dalam persekitaran interaktif berasaskan suara murid (student voice). Aktiviti pembelajaran diteruskan di rumah melalui perbincangan forum komuniti. "Kemampanan Bandar" secara holistik. 

Phenomenon-Based Learning (Finland): Bilik darjah tradisional dihapuskan semasa minggu fenomena. Murid belajar di persekitaran muzium, dewan bandar raya, atau pusat komuniti untuk mengkaji topik 

Pemanfaatan Digital 

Platform DELIMa (KPM): Murid menggunakan platform DELIMA (Google Classroom, Canva, Microbit) untuk menghasilkan projek penyelesaian masalah sisa pepejal sekolah. Data dikutip menggunakan Google Forms, dianalisis menerusi fail hamparan, dan simulasi dibina berasaskan koding mudah.  

Penggunaan AI & Simulasi (Singapura / AS): Murid sekolah di Singapura menggunakan alatan Virtual Reality (VR) dan pengaturcaraan Python untuk merancang model bandar bebas karbon, di mana perisian memberikan real-time feedback berkenaan pelepasan karbon model mereka. 

Amalan Pedagogi 

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) & Rubrik KPPB: Guru menggunakan pentaksiran formatif berasaskan feed-up (kriteria teras projek), feedback (slogan maklum balas harian), dan feed-forward (pelan tindakan murid bagi memperkemas prototaip projek mereka). 

Model High Tech High (California, AS): Pelajar mereka bentuk kajian berasaskan kes yang memerlukan refleksi kendiri (metacognition) melalui digital portfolio. Penilaian dibuat melalui perbentangan awam (exhibition) di hadapan panel profesional. 

 

Kepentingan Model Reka Bentuk Pembelajaran Dalam Melonjakkan Impak Pembelajaran Bermakna

Model Reka Bentuk Pembelajaran ini mempunyai kepentingan yang sangat strategik dalam mengubah landskap pendidikan ke arah pembelajaran yang lebih berimpak tinggi

1. Pembangunan Kompetensi Holistik 6C

Model ini tidak sekadar berfokus kepada pencapaian gred peperiksaan (pembelajaran permukaan), sebaliknya membentuk karakter, sahsiah, pemikiran kritis, dan kreativiti. Integrasi keempat-empat elemen memastikan murid dibekalkan dengan keupayaan untuk berdepan dengan situasi tidak menentu pada masa hadapan.

2. Peralihan daripada Pembelajaran Pasif kepada Pembelajaran Terarah Kendiri 

Dengan mengangkat suara murid (student voice) dan menyediakan fleksibiliti dalam persekitaran serta pedagogi, model ini membina motivasi intrinsik. Murid tidak lagi belajar kerana paksaan, sebaliknya kerana dorongan rasa ingin tahu (inquiry) dan autonomi kendiri.

3. Pemantapan Metakognisi 

Menerusi Pentaksiran Berkesan Penggunaan strategi Feed-up, Feedback, dan Feed-forward membolehkan murid memahami proses pemikiran mereka sendiri (learning how to learn). Ini mewujudkan budaya pemikiran metakognitif di mana murid mampu mengesan kelemahan kendiri dan merancang tindakan penambahbaikan secara rasional.

4. Pemanfaatan Digital yang Berimpak Pedagogikal (Pedagogy-Driven Digital) 

Model ini meletakkan teknologi pada kedudukan yang betul, bukan sekadar gajet atau alat ganti papan tulis, tetapi sebagai perancah (scaffolding) pemikiran dan alat pendorong inovasi untuk penciptaan pengetahuan baharu (knowledge creation).

5. Ekosistem Pembelajaran Inklusif dan Merentas Sempadan 

Menerusi elemen Rakan Pembelajaran dan Persekitaran Pembelajaran, sempadan antara sekolah dan dunia luar dirapatkan. Pembelajaran menjadi berasaskan isu sebenar (authentic learning), membolehkan murid melihat relevansi apa yang dipelajari di sekolah dengan kehidupan seharian.

 

Rumusan dan Implikasi Pelaksanaan

Berdasarkan rumusan kerangka Model Reka Bentuk Pembelajaran:

  1. Penggabungan Serentak (Simultaneous Integration): Empat elemen model ini (Amalan Pedagogi, Rakan Pembelajaran, Persekitaran Pembelajaran, dan Pemanfaatan Digital) tidak boleh dilaksanakan secara berasingan. Impak maksimum hanya akan terhasil apabila keempat-empat elemen berinteraksi secara serentak dalam reka bentuk tugasan pembelajaran.
  2. Sinergi Kerangka Sokongan: Model ini perlu digerakkan secara berintegrasi dengan kerangka sokongan yang lain, seperti Model 3E  dan Kerangka Rigor, Relevance & Relationship.

Secara keseluruhannya, pelaksanan Model Reka Bentuk Pembelajaran Bermakna ini merupakan langkah mampan dalam merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek, serta bersedia menjadi warganegara global yang bertaraf dunia.

 

RUJUKAN:

Fullan, M., Quinn, J., & McEachen, J. (2018). Deep Learning: Engage the World, Change the World. Thousand Oaks, California: Corwin / Sage Publications.

Hattie, J., & Timperley, H. (2007). The Power of Feedback. Review of Educational Research, 77(1), 81–112.

Institut Pendidikan Guru Malaysia. (2021). Panduan Pelaksanaan Kapasiti Pembelajaran 

Bermakna (KPPB). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: KPM.

Berjalan: Seni Kecil yang Menghidupkan Semula Jiwa, Tubuh dan Makna Hidup

Berjalan: Seni Kecil yang Menghidupkan Semula Jiwa, Tubuh dan Makna Hidup

Oleh Muhaimi Suhaili

 

Dalam dunia yang semakin pantas ini, manusia bergerak lebih laju daripada sebelumnya, tetapi semakin ramai yang kehilangan arah dalam perjalanan hidupnya sendiri. 

Kita boleh sampai ke destinasi dalam sekelip mata, tetapi kita semakin jarang benar-benar “merasai” perjalanan itu. 

Model 3E:  Memaksimumkan Potensi Digital dalam Pembelajaran Bermakna
Featured

Model 3E: Memaksimumkan Potensi Digital dalam Pembelajaran Bermakna

Oleh Muhaimi Suhaili

 

PENGENALAN

Kerangka Model 3E merupakan satu pendekatan pedagogi yang direka untuk menilai dan memandu guru dalam mengintegrasikan alatan digital ke dalam bilik darjah secara berkesan. Kerangka ini memastikan teknologi tidak sekadar digunakan sebagai alat ganti, tetapi bertindak sebagai pemacu utama yang menambah nilai kepada kualiti pembelajaran.

Model 3R Secara Ringkas

Model 3R Secara Ringkas

Oleh Muhaimi Suhaili


Apakah itu Model 3R?


Model 3R merupakan satu kerangka kerja pendidikan yang diadaptasikan daripada pemikiran Daggett (2016). Model ini digunakan dalam strategi "Pemanfaatan Digital" bagi menyokong Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB).

Kompetensi Global 6C

Kompetensi Global 6C

Oleh Muhaimi Suhaili

 

Dunia pendidikan masa kini menuntut anjakan paradigma daripada sekadar penyampaian maklumat ke arah pembinaan karakter dan aspek kemenjadian murid. Melalui rangka kerja Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) yang diterajui oleh Institut Pendidikan Guru (IPG), Kompetensi Global 6C diperkenalkan sebagai tunjang utama untuk melahirkan modal insan yang teguh cabaran, dinamik, dan berdaya saing. Penulisan ini bertujuan menghuraikan secara mendalam enam domain kompetensi tersebut.

 

Sahsiah (Character)

Kompetensi ini memfokuskan kepada pembentukan jati diri, moral, dan kekuatan dalaman murid. Hal ini melibatkan keupayaan untuk mengurus diri, memiliki daya tahan (resilience) yang tinggi apabila menghadapi kegagalan, menunjukkan kegigihan (grit), serta komitmen terhadap kebaikan. Elemen paling kritikal dalam sahsiah abad ke-21 ialah "learning to learn"—iaitu keupayaan murid untuk memimpin proses pembelajaran mereka sendiri secara terarah dan sepanjang hayat.

Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) menuntut murid tingkatan rendah menilai perkembangan kendiri (self-reflection). Sebagai contoh, seorang murid yang gagal dalam eksperimen Sains tidak berputus asa, sebaliknya menganalisis kesilapan laporan amali tersebut dan mencuba lagi sehingga berjaya tanpa dipaksa oleh guru.

Program pendidikan di negara maju seperti Finland menyepadukan Social-Emotional Learning (SEL) dalam kurikulum, iaitu murid diajar mengenali emosi kendiri dan membina kecekapan mengawal tekanan (regulasi kendiri) sebelum beralih ke subjek akademik berat.

 

Kewarganegaraan (Citizenship)

Kewarganegaraan melampaui batas geografi setempat. Hal ini adalah tentang kesedaran murid tentang isu-isu global yang kompleks (seperti perubahan iklim, kemiskinan, dan keamanan) yang disandarkan pada kefahaman nilai, budaya, dan identiti nasional yang kukuh. Murid yang menguasai kompetensi ini mampu berfikir secara global tetapi bertindak secara lokal (think globally, act locally) demi kelestarian manusia dan alam sekitar.

Murid-murid sekolah rendah dan menengah melibatkan diri dalam program kitar semula atau pemeliharaan sungai di kawasan perumahan mereka sebagai projek sekolah. Mereka mengaitkan aktiviti tempatan ini dengan isu pemanasan global dan pencemaran plastik laut dunia.

Penyertaan aktif murid dalam Global Citizenship Education (GCED) anjuran UNESCO, iaitu sekolah-sekolah di seluruh dunia bertukar-tukar data kualiti udara atau air di kawasan masing-masing menggunakan platform digital untuk mencari penyelesaian bersama.

 

Kreativiti (Creativity)

Kreativiti dalam 6C tidak terhad kepada seni visual semata-mata, melainkan "perspektif keusahawanan" (entrepreneurial mindset). Hal ini bermakna murid berupaya melihat peluang dalam masalah, berani mengambil risiko yang dikira (calculated risks), mengajukan soalan inkuiri yang mencabar norma, dan menterjemahkan idea kreatif menjadi tindakan nyata yang memberi impak sosial atau ekonomi.

Dalam subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), murid tidak sekadar melukis idea. Mereka membina prototaip berfungsi—contohnya, mencipta sistem siraman pokok automatik berasaskan IoT (Internet of Things) kos rendah untuk membantu pengusaha kebun bandar kecil.

Contohnya, Budaya Maker Movement di sekolah-sekolah Amerika Syarikat dan Singapura, iaitu ruang "Makerspace" disediakan bagi membolehkan murid menggunakan pencetak 3D dan pengaturcaraan robotik untuk mencipta alat bantu bagi golongan kurang upaya (OKU).

 

Pemikiran Kritis (Critical Thinking)

Keupayaan untuk menapis, menganalisis, dan menilai maklumat atau hujah secara objektif sebelum membuat keputusan. Pada era lambakan maklumat digital, pemikiran kritis memerlukan murid melihat pola dan perkaitan antara data, membezakan fakta daripada propaganda atau berita palsu, serta membina pengetahuan yang bermakna untuk menyelesaikan isu dunia sebenar.

Guru boleh menggunakan kaedah KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi). Umpamanya, dalam kelas Sejarah atau Bahasa Melayu, murid diberikan satu isu polemik (contoh: impak kecerdasan buatan terhadap peluang pekerjaan) dan mereka dikehendaki membahaskan isu tersebut berdasarkan bukti data konkrit, bukan emosi semata-mata.

Contohnya, Kurikulum literasi media di Estonia iaitu murid seusia sekolah rendah diajar cara mengesan taktik "Deepfake" dan manipulasi algoritma bagi mengelakkan diri mereka terjebak dengan dwi-piawai atau penyebaran berita palsu di media sosial.

 

Komunikasi (Communication)

Keupayaan untuk menyampaikan idea, emosi, dan hujah dengan jelas, berkesan, dan penuh empati. Kompetensi ini menuntut penguasaan pelbagai mod komunikasi (lisan, bertulis, visual, dan digital) serta kebolehan menyesuaikan mesej mengikut kesesuaian audiens yang berbeza latar belakang.

Murid sekolah menggunakan aplikasi seperti Canva atau Google Slides untuk menghasilkan infografik tentang kempen kesihatan mental remaja, kemudian membentangkannya secara hibrid kepada rakan sekelas dan juga memuat naik video ulasan ringkas di saluran YouTube sekolah.

Projek kolaborasi antarabangsa seperti eTwinning di Eropah, iaitu murid daripada pelbagai negara berbincang menggunakan platform video telesidang, memaksa mereka mengasah kemahiran komunikasi lintas budaya dan bahasa dengan penuh hormat.

 

Kolaboratif (Collaboration)

Kolaboratif ialah kebolehan bekerjasama dalam kumpulan secara sinergistik. Sinergi ini bukan sekadar "kerja berkumpulan" pasif, tetapi melibatkan saling bergantung secara positif, kemahiran interpersonal yang tinggi, keupayaan mengurus dinamika konfilk dalam kumpulan, serta membuat keputusan kolektif yang bernas berasaskan sumbangan idea setiap ahli.

Contohnya, pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) rentas subjek seperti gabungan subjek Sains, Matematik, dan Bahasa Inggeris. Murid dibahagikan kepada peranan berbeza (ketua projek, penganalisis data, pereka grafik) untuk menyelesaikan tugasan mengkaji jejak karbon sekolah.

Contoh lain ialah pendekatan industri Agile dan Scrum yang kini diadaptasi dalam bilik darjah global, iaitu murid menggunakan papan digital (seperti Trello atau Padlet) untuk mengagihkan tugasan, menyemak kemajuan rakan sekumpulan, dan membaiki hasil kerja secara berterusan demi mencapai matlamat pasukan.

 

Tiga Pemangkin Utama

Character (Sahsiah), Citizenship (Kewarganegaraan), dan Creativity (Kreativiti) dianggap sebagai pemangkin kepada C yang lainSeseorang murid tidak akan terdorong untuk berfikir secara kritis (Critical Thinking) atau berkomunikasi (Communication) dengan baik hingga menjalin kerjasama secara Kolaboratif jika mereka tidak mempunyai rasa empati global (Kewarganegaraan), ketabahan hati (Sahsiah), mahupun keinginan untuk mencari kelainan (Kreativiti). Ketiga-tiga elemen ini merupakan enjin dalaman yang menggerakkan kemahiran kognitif dan sosial yang lain.

*****

 

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Perkongsian

Pelawat

Hari Ini221
Semalam863
Minggu Ini2808
Bulan Ini20639
Jumlah Pelawat503625

Who Is Online

10
Online

2026-07-23