Kompetensi Global 6C

Kompetensi Global 6C

Oleh Muhaimi Suhaili

 

Dunia pendidikan masa kini menuntut anjakan paradigma daripada sekadar penyampaian maklumat ke arah pembinaan karakter dan aspek kemenjadian murid. Melalui rangka kerja Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) yang diterajui oleh Institut Pendidikan Guru (IPG), Kompetensi Global 6C diperkenalkan sebagai tunjang utama untuk melahirkan modal insan yang teguh cabaran, dinamik, dan berdaya saing. Penulisan ini bertujuan menghuraikan secara mendalam enam domain kompetensi tersebut.

 

Sahsiah (Character)

Kompetensi ini memfokuskan kepada pembentukan jati diri, moral, dan kekuatan dalaman murid. Hal ini melibatkan keupayaan untuk mengurus diri, memiliki daya tahan (resilience) yang tinggi apabila menghadapi kegagalan, menunjukkan kegigihan (grit), serta komitmen terhadap kebaikan. Elemen paling kritikal dalam sahsiah abad ke-21 ialah "learning to learn"—iaitu keupayaan murid untuk memimpin proses pembelajaran mereka sendiri secara terarah dan sepanjang hayat.

Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) menuntut murid tingkatan rendah menilai perkembangan kendiri (self-reflection). Sebagai contoh, seorang murid yang gagal dalam eksperimen Sains tidak berputus asa, sebaliknya menganalisis kesilapan laporan amali tersebut dan mencuba lagi sehingga berjaya tanpa dipaksa oleh guru.

Program pendidikan di negara maju seperti Finland menyepadukan Social-Emotional Learning (SEL) dalam kurikulum, iaitu murid diajar mengenali emosi kendiri dan membina kecekapan mengawal tekanan (regulasi kendiri) sebelum beralih ke subjek akademik berat.

 

Kewarganegaraan (Citizenship)

Kewarganegaraan melampaui batas geografi setempat. Hal ini adalah tentang kesedaran murid tentang isu-isu global yang kompleks (seperti perubahan iklim, kemiskinan, dan keamanan) yang disandarkan pada kefahaman nilai, budaya, dan identiti nasional yang kukuh. Murid yang menguasai kompetensi ini mampu berfikir secara global tetapi bertindak secara lokal (think globally, act locally) demi kelestarian manusia dan alam sekitar.

Murid-murid sekolah rendah dan menengah melibatkan diri dalam program kitar semula atau pemeliharaan sungai di kawasan perumahan mereka sebagai projek sekolah. Mereka mengaitkan aktiviti tempatan ini dengan isu pemanasan global dan pencemaran plastik laut dunia.

Penyertaan aktif murid dalam Global Citizenship Education (GCED) anjuran UNESCO, iaitu sekolah-sekolah di seluruh dunia bertukar-tukar data kualiti udara atau air di kawasan masing-masing menggunakan platform digital untuk mencari penyelesaian bersama.

 

Kreativiti (Creativity)

Kreativiti dalam 6C tidak terhad kepada seni visual semata-mata, melainkan "perspektif keusahawanan" (entrepreneurial mindset). Hal ini bermakna murid berupaya melihat peluang dalam masalah, berani mengambil risiko yang dikira (calculated risks), mengajukan soalan inkuiri yang mencabar norma, dan menterjemahkan idea kreatif menjadi tindakan nyata yang memberi impak sosial atau ekonomi.

Dalam subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), murid tidak sekadar melukis idea. Mereka membina prototaip berfungsi—contohnya, mencipta sistem siraman pokok automatik berasaskan IoT (Internet of Things) kos rendah untuk membantu pengusaha kebun bandar kecil.

Contohnya, Budaya Maker Movement di sekolah-sekolah Amerika Syarikat dan Singapura, iaitu ruang "Makerspace" disediakan bagi membolehkan murid menggunakan pencetak 3D dan pengaturcaraan robotik untuk mencipta alat bantu bagi golongan kurang upaya (OKU).

 

Pemikiran Kritis (Critical Thinking)

Keupayaan untuk menapis, menganalisis, dan menilai maklumat atau hujah secara objektif sebelum membuat keputusan. Pada era lambakan maklumat digital, pemikiran kritis memerlukan murid melihat pola dan perkaitan antara data, membezakan fakta daripada propaganda atau berita palsu, serta membina pengetahuan yang bermakna untuk menyelesaikan isu dunia sebenar.

Guru boleh menggunakan kaedah KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi). Umpamanya, dalam kelas Sejarah atau Bahasa Melayu, murid diberikan satu isu polemik (contoh: impak kecerdasan buatan terhadap peluang pekerjaan) dan mereka dikehendaki membahaskan isu tersebut berdasarkan bukti data konkrit, bukan emosi semata-mata.

Contohnya, Kurikulum literasi media di Estonia iaitu murid seusia sekolah rendah diajar cara mengesan taktik "Deepfake" dan manipulasi algoritma bagi mengelakkan diri mereka terjebak dengan dwi-piawai atau penyebaran berita palsu di media sosial.

 

Komunikasi (Communication)

Keupayaan untuk menyampaikan idea, emosi, dan hujah dengan jelas, berkesan, dan penuh empati. Kompetensi ini menuntut penguasaan pelbagai mod komunikasi (lisan, bertulis, visual, dan digital) serta kebolehan menyesuaikan mesej mengikut kesesuaian audiens yang berbeza latar belakang.

Murid sekolah menggunakan aplikasi seperti Canva atau Google Slides untuk menghasilkan infografik tentang kempen kesihatan mental remaja, kemudian membentangkannya secara hibrid kepada rakan sekelas dan juga memuat naik video ulasan ringkas di saluran YouTube sekolah.

Projek kolaborasi antarabangsa seperti eTwinning di Eropah, iaitu murid daripada pelbagai negara berbincang menggunakan platform video telesidang, memaksa mereka mengasah kemahiran komunikasi lintas budaya dan bahasa dengan penuh hormat.

 

Kolaboratif (Collaboration)

Kolaboratif ialah kebolehan bekerjasama dalam kumpulan secara sinergistik. Sinergi ini bukan sekadar "kerja berkumpulan" pasif, tetapi melibatkan saling bergantung secara positif, kemahiran interpersonal yang tinggi, keupayaan mengurus dinamika konfilk dalam kumpulan, serta membuat keputusan kolektif yang bernas berasaskan sumbangan idea setiap ahli.

Contohnya, pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) rentas subjek seperti gabungan subjek Sains, Matematik, dan Bahasa Inggeris. Murid dibahagikan kepada peranan berbeza (ketua projek, penganalisis data, pereka grafik) untuk menyelesaikan tugasan mengkaji jejak karbon sekolah.

Contoh lain ialah pendekatan industri Agile dan Scrum yang kini diadaptasi dalam bilik darjah global, iaitu murid menggunakan papan digital (seperti Trello atau Padlet) untuk mengagihkan tugasan, menyemak kemajuan rakan sekumpulan, dan membaiki hasil kerja secara berterusan demi mencapai matlamat pasukan.

 

Tiga Pemangkin Utama

Character (Sahsiah), Citizenship (Kewarganegaraan), dan Creativity (Kreativiti) dianggap sebagai pemangkin kepada C yang lainSeseorang murid tidak akan terdorong untuk berfikir secara kritis (Critical Thinking) atau berkomunikasi (Communication) dengan baik hingga menjalin kerjasama secara Kolaboratif jika mereka tidak mempunyai rasa empati global (Kewarganegaraan), ketabahan hati (Sahsiah), mahupun keinginan untuk mencari kelainan (Kreativiti). Ketiga-tiga elemen ini merupakan enjin dalaman yang menggerakkan kemahiran kognitif dan sosial yang lain.

*****

 

Model Pengajaran Bersama dalam Pembelajaran Bersepadu

Model Pengajaran Bersama dalam Pembelajaran Bersepadu

 

Oleh Muhaimi Suhaili

Mukadimah

Perubahan landskap pendidikan abad ke-21 menuntut guru mengamalkan pendekatan pengajaran yang lebih fleksibel, kolaboratif dan responsif terhadap kepelbagaian keperluan murid. Dalam usaha memastikan setiap murid mendapat peluang pembelajaran yang optimum, konsep pengajaran bersama (co-teaching) semakin mendapat perhatian sebagai satu pendekatan yang berkesan dalam memperkukuh kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP).

"Pedagogi Kognitif-Langsung": Apabila Ilmu Menyentuh Neuron

"Pedagogi Kognitif-Langsung": Apabila Ilmu Menyentuh Neuron

Oleh Muhaimi Suhaili

PADA satu masa dahulu, manusia belajar dengan membaca, mendengar, menulis, dan mencuba. 

Proses itu memerlukan masa, iaitu kekadang berhari, berbulan, atau bertahun sebelum seseorang mampu memahami satu-satu bidang ilmu. 

Panduan Mengubal Soalan Subjektif

Panduan Mengubal Soalan Subjektif

Oleh Muhaimi Suhaili

Pengenalan

Menggubal soalan atau membina item untuk mana-mana pentaksiran memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang tinggi. Hal ini sangat penting bagi menentukan soalan yang berkualiti dan mempunyai keesahan yang tinggi. Mana-mana institusi pendidikan sangat mengambil berat  tentang prosedur yang harus dipatuhi bagi menentukan tatacara dilaksanakan mengikut ketetapan.

Aras Kognitif

Apabila pelajar menduduki peperiksaan sama ada sejam, satu jam 30 minit atau dua jam tiga puluh minit, atau menduduki ujian, domain yang diukur ialah Domain Kognitif. Domain lain seperti Psikomotor dan Domain Afektif tidak dikukur. Oleh sebab yang demikianlah  Domain Kognitif harus dikuasai agar dapat membina instrumen yang benar-benar berkualiti. Oleh itu, Domain Kognitif sangat penting yang mengutamakan aras-aras yang telah ditetapkan. Aras-aras kognitif merujuk kepada Taksonomi Bloom 2001 (semakan  Karhlwol dan Anderson) daripada yang terendah hingga yang tertinggi iaitu aras mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Aras-aras ini pula ditandai dengan Cognitive (C) seperti C1 (Mengingat), C2 (Memahami), C3 (Mengaplikasi), C4 (Menganalisis), C5 (Menilai) dan C6 (Mencipta).

Berikut ialah arasTaksonomi Bloom seperti di bawah ini.

Rajah: Taksonomi Bloom (2001)

Apabila membina instrumen, mengetahui aras sangat penting kerana dalam Jadual Spesifikasi Ujian telah tetapkan aras mana yang hendak guru guna agar kata tugas sesuai dengan aras yang telah ditetapkan itu. 

Jenis-jenis Item

Terdapat beberapa jenis item yang digunakan untuk menilai pemahaman dan pencapaian pelajar iaitu item objektif dan item subjektif. Tulisan ini hanya berfokus kepada item subjektif. Untuk item-item subjektif pula merangkumi Item Berstruktur, Item Respons Terhad dan Item Respons Terbuka.

Stimulus dalam soalan

Stimulus atau rangsangan berperanan sebagai asas rujukan dalam memberi respons kepada soalan. Stimulus boleh dalam bentuk petikan, situasi, jadual, graf dan gambar rajah. Stimulus yang baik tidak memberi panduan (clue) atau tidak menyediakan atau menggambarkan jawapan kepada calon (KPM, 2024).

Arahan soalan 

Selepas stimulus, arahan soalan menyusul selepas itu pada bahagian kedua. Arahan soalan berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Dalam arahan soalan mengandungi tajuk yang akan ditanya dan kata tugas yang digunakan sesuai dengan aras yang ditetapkan. Seperti mana yang disebut sebelum ini, aras-aras tersebut ialah Mengingat (C1), Memahami (C2), Mengaplikasi (C3), Mengaplikasi (C4), Menganalisis (C5), dan Mencipta (C6). Setiap aras mengandungi kata tugas yang tersendiri seperti di bawah:

Aras

Kata Tugas Eksplisit

1. Mengingat/ Remembering

Baca

Catat

Daftarkan

Kena pasti

Labelkan

Namakan

Nyatakan

Padankan

Pasangkan

Perihalkan

Petakan

Pilihkan

Sebutkan

Senaraikan

Tandakan

2. Memahami/ Understanding

Anggarkan

Bandingkan

Bezakan

Hitungkan

Huraikan

Jelaskan

Kategorikan

Kemukakan

Parafrasa

Perluas

Ramalkan

Rangkumkan

Simpulkan

Terangkan

Terjemahkan

Tulis semula dengan perkataan sendiri

3. Mengaplikasikan/ Applying

Anggarkan

Bina

Cari

Gambarkan

Gunakan

Hitung

Itlak

Jalankan

Jelaskan dengan contoh

Kaitkan

Kemukakan

Kira

Laksanakan

Manipulasikan

Membuat urutan

Organisasikan

Praktikkan

Ramalkan

Rekod

Selasaikan

Sesuaikan

Simulasikan

Sumbangkan

Tentukan

Terapkan

Tunjukkan

Ubah suai

4. Menganalisis/ Analysing

Asingkan

Banding beza

Bandingkan

Berikan sebab

Bezakan

Buat analisis

Buat andaian

Buat eksperimen

Buat inferensi

Buat kesimpulan

Buat kiraan/ hitungkan

Buktikan

Cerakinkan

Cirikan

Diagnosis

Diskriminasi

Ilustrasi

Inferensi

Kategorikan

Kawal pemboleh ubah

Kesan

Kritik

Menaakul

Modelkan

Perincikan

Rangkakan

Selesaikan masalah

Simpulkan

Teliti/periksa

Ubah suai

5. Menilai/ Evaluating

Bahaskan

Banding beza

Bandingkan

Berikan hujah

Berikan justifikasi

Berikan pendapat

Berikan sokongan

Bincangkan

Sintesiskan

 

Buat anggaran

Buat generalisasikan

Buat penghakiman

Buat ramalan

Buar rumusan

Buat verifikasi

Buktikan

Cantumkan

Diskriminasikan

Gabungkan

Hubung kait

Huraikan

Interprestasikan

Nilai

Nilaikan

Pertahankan

Pertimbangkan

Taksir

6. Mencipta/ Creating

Binakan

Bentukkan

Buktikan

Cadangkan

Ciptakan

Hasilkan

Gabungkan

 

Gubal

Jana

Perincikan

Perjelaskan

Putuskan

Rancangkan

Rumuskan

Sediakan

Simpulkan

Tafsirkan

Mereka bentuk

Susun atur

Sumber: KPM (2024)

Berikut ialah contoh stimulus dan arahan soalan. 

Contoh stimulus 

Isu tentang runtuhnya nilai kasih sayang sejagat sentiasa diperbincangkan di peringkat dunia yang bukan sahaja melibatkan aspek pendidikan malah merentasi disiplin lain.

Kata Tugas dalam arahan soalan

Cadangkan aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur yang dapat menerapkan nilai kasih sayang sebagai salah satu daripada elemen merentas kurikulum.

Berikut ialah soalan lengkap yang mengandungi stimulus dan arahan soalan berdasarkan contoh di atas seperti yang diberikan di bawah ini.

1. Isu tentang runtuhnya nilai kasih sayang sejagat sentiasa diperbincangkan di peringkat dunia yang bukan sahaja melibatkan aspek pendidikan malah merentasi disiplin lain.

Cadangkan aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur yang dapat menerapkan nilai kasih sayang sebagai salah satu daripada elemen merentas kurikulum.

 

MENGINGAT

Soalan-soalan adalah tentang  fakta, perkara, idea atau maklumat yang pernah dipelajari dan diketahui. Calon mungkin dikehendaki untuk mengecam idea, mengenal pasti, menyenaraikan atau menamakan. Calon mungkin juga dikehendaki untuk memberikan maklumat yang telah dipelajari atau menyatakan perkara yang diketahui atau diingati.

Kata tugas yang digunakan ialah seperti di bawah ini.

Aras

Kata Tugas Eksplisit

1. Mengingat/ Remembering

Baca

Catat

Daftarkan

Kena pasti

Labelkan

Namakan

Nyatakan

Padankan

Pasangkan

Perihalkan

Petakan

Pilihkan

Sebutkan

Senaraikan

Tandakan

Contoh arahan soalan yang mengandungi kata tugas berdasarkan aras mengingat seperti di bawah ini.

  1. Namakan Perdana Menteri yang pertama.
  2. Senaraikan warna-warna pelangi.
  3. Berikan enam perkataan daripada akronim 5W IH.
  4. Nyatakan tema hari guru bagi tahun 2025.
  5. Sebutkan lima belas kata majmuk mantap yang telah anda pelajari.

Pembinaan item bagi aras mengingat tidak dipetakan lagi dalam soalan struktur atau esei dalam Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) tetapi masih dipetakan untuk membina soalan-soalan objektif aneka pilihan.

 

MEMAHAMI

Memahami ialah pemahaman terhadap kandungan, pengetahuan atau fakta yang diberikan sama ada yang telah dipelajari, yang terdapat dalam petikan, yang didengar atau dibaca, atau ditonton, atau seumpamanya.

Maklumat, fakta, atau pengetahuan yang diperoleh dapat diterangkan semula bagi menunjukkan pemahaman. 

Huraian tentang apa yang dipelajari bagi menunjukkan tahap pemahaman mereka tentang fakta, informasi yang terjadi mempunyai makna sebab sesuatu, kesan, punca untuk difahami.

Pemahaman tentang soalan tersebut  berkisar kepada apa yang telah dipelajari dan huraian adalah tidaklah secara mendalam atau lebih kritis.

Idea-idea pembinaan soalan menekankan konsep atau pola seperti di bawah ini.

  1. Menjelaskan maksud, definisi, konsep sesuatu idea atau proses secara ringkas.
  2. Memberi contoh untuk menyokong pemahaman mereka tentang sesuatu yang telah dipelajari.
  3. Menjelaskan sesuatu sebab, tujuan, fenomena yang berlaku berdasarkan yang terdapat dalam petikan bagi menunjukkan pemahaman tersebut.
  4. Menerangkan sesuatu fakta, maklumat, informasi daripada satu bentuk maklumat atau perkara yang telah dipelajari. Contohnya maklumat atau perkara yang terdapat dalam bentuk jadual, graf, carta atau infografik yang perlu dihuraikan dengan perkataan bagi menunjukkan pemahaman.

Aras

Kata Tugas Eksplisit

2. Memahami/ Understanding

Anggarkan

Bandingkan

Bezakan

Hitungkan

Huraikan

Jelaskan

Kategorikan

Kemukakan

Parafrasa

Perluas

Ramalkan

Rangkumkan

Simpulkan

Terangkan

Terjemahkan

Tulis semula dengan perkataan sendiri

Contoh arahan soalan yang mengandungi kata tugas berdasarkan aras memahami seperti di bawah ini.

  1. Huraikan definisi pembelajaran dalam konteks murid belajar.
  2. Jelaskan kesan apabila minyak dicampur dengan air.
  3. Kemukakan sebab mengapakah Pak Abu sering memesan air madu bercampur limau apabila ke restoran Mak Nab?
  4. Terangkan tentang jumlah kemalangan yang berlaku di Seremban berdasarkan graf bar yang ditunjukkan.
  5. Tulis semula dengan perkataan sendiri konsep kemahiran berfikir aras tinggi.

 

MENGAPLIKASI

Bagaimana menggunakan pengetahuan dan kemahiran, dan nilai yang telah dipelajari diaplikasikan atau digunakan dalam sesuatu situasi yang sebenarnya.

Idea-idea pembinaan soalan menekankan konsep atau pola seperti di bawah ini.

  1. Pengetahuan, kemahiran, nilai yang dipelajari digunakan untuk menyelesaikan sesuatu persoalan, masalah atau isu.
  2. Bagaimanakah mengaplikasikan sesuatu teori, atau masalah secara praktikal.
  3. Cara-cara pelaksanaan sesuatu idea berdasarkan tatacara yang dipelajari.
  4. Proses pelaksanaan secara tindakan yang bermula dari peringkat awal hingga tamat.
  5. Mengaplikasikan teknik, pendekatan, cara, langkah atau inovasi yang dipelajari dalam konteks untuk menyelesaikan sesuatu isu, atau masalah yang berlaku.

Aras

Kata Tugas Eksplisit

3. Mengaplikasikan/ Applying

Anggarkan

Bina

Cari

Gambarkan

Gunakan

Hitung

Itlak

Jalankan

Jelaskan dengan contoh

Kaitkan

Kemukakan

Kira

Laksanakan

Manipulasikan

Membuat urutan

Organisasikan

Praktikkan

Ramalkan

Rekod

Selasaikan

Sesuaikan

Simulasikan

Sumbangkan

Tentukan

Terapkan

Tunjukkan

Ubah suai

Contoh arahan soalan yang mengandungi kata tugas berdasarkan aras mengaplikasikan seperti di bawah ini.

Contoh.

  1. Praktikkan model EDEBEB dalam isu yang dikenal pasti melalui langkah Expression.
  2. Tunjukkan proses penghasilan warna hijau melalui pencampuran warna.
  3. Jelaskan dengan contoh bagaimanakah hukum rangsangan dan tindakan balas dapat mengubah tingkah laku yang negatif menjadi positif?
  4. Kemukakan langkah-langkah pelaksanaan sesuatu program dengan menggunakan kaedah PDCA.
  5. Gunakan Teknik Mnemonik Bercerita bagi mengajar murid mengingat kata majmuk mantap.

 

MENGANALISIS 

Idea-idea pembinaan soalan menekankan konsep atau pola seperti di bawah ini.

  1. Menganalisis maklumat semula yang terdapat dalam petikan, dipelajari, didengar, dibaca dapat disusun semula berdasarkan kategori. 
  2. Membuat analisis semula tentang perbandingan.
  3. Menganalisis perbezaan atau persamaan sesuatu maklumat atau fakta yang dipelajari.
  4. Mencerakin atau memecahkan idea, fakta atau maklumat yang dipelajari kepada satu bentuk bahan yang dapat dikenal pasti.
  5. Mengkategori maklumat yang dipelajari.
  6. Menghubungkan antara satu pola kepada pola yang lain.
  7. Menghuraikan sebab dan akibat.
  8. Menyatakan bagaimana sistem atau organisasi dapat berfungi dengan pemboleh ubah yang lain.

Aras

Kata Tugas Eksplisit

4. Menganalisis/ Analysing

Asingkan

Banding beza

Bandingkan

Berikan sebab

Bezakan

Buat analisis

Buat andaian

Buat eksperimen

Buat inferensi

Buat kesimpulan

Buat kiraan/ hitungkan

Buktikan

Cerakinkan

Cirikan

Diagnosis

Diskriminasi

Ilustrasi

Inferensi

Kategorikan

Kawal pemboleh ubah

Kesan

Kritik

Menaakul

Modelkan

Perincikan

Rangkakan

Selesaikan masalah

Simpulkan

Teliti/periksa

Ubah suai

Contoh arahan soalan yang mengandungi kata tugas berdasarkan aras menganalisis seperti di bawah ini.

  1. Buat analisis fakta-fakta yang terdapat dalam petikan berdasarkan elemen ciri-ciri guru yang berkualiti.
  2. Bezakan antara teori behaviorisme dengan teori kognitif.
  3. Buktikan ketetapan petunjuk bagi memberi amaran tahap bahaya di kawasan pantai.
  4. Berikan sebab mengapakah kaedah Ajuk Hafal sesuai digunakan untuk membantu murid pemulihan.
  5. Kategorikan kumpulan warna yang dapat mempengaruhi seseorang berinteraksi dengan berkesan mengikut situasi.



MENILAI

Idea-idea pembinaan soalan menekankan konsep atau pola seperti di bawah ini.

  1. Menilai keberkesanan penyelesaian atau tindakan.
  2. Membuat keputusan atau pilihan yang dibuat.
  3. Memberi justifikasi terhadap pilihan.
  4. Menilai kualiti, idea, hujah, pendekatan.

Aras

Kata Tugas Eksplisit

5. Menilai/ Evaluating

Bahaskan

Banding beza

Bandingkan

Berikan hujah

Berikan justifikasi

Berikan pendapat

Berikan sokongan

Bincangkan

Sintesiskan

 

Buat anggaran

Buat generalisasikan

Buat penghakiman

Buat ramalan

Buat rumusan

Buat verifikasi

Buktikan

Cantumkan

Diskriminasikan

Gabungkan

Hubung kait

Huraikan

Interprestasikan

Nilai

Nilaikan

Pertahankan

Pertimbangkan

Taksir

Contoh arahan soalan yang mengandungi kata tugas berdasarkan aras menilai seperti di bawah ini.

  1. Buat rumusan bagaimana rukun negara berperanan membina karakter pelajar yang unggul demi kesejahteraan sejagat.
  2. Buktikan faktor-faktor dalaman lebih menjadi penyumbang utama kepada keruntuhan Bani Abbasiyyah berbanding faktor-faktor luaran.
  3. Bincangkan sebab-sebab mengapakah negara perlu mengurangkan campur tangan asing dalam hal ehwal yang berkaitan dengan ekonomi.
  4. Berikan hujah anda bahawa makan gaji lebih baik daripada bekerja sendiri.
  5. Berikan justifikasi mengapakah adab perlu mendahului ilmu dalam proses menuntut ilmu.

 

MENCIPTA

Menghasilkan sesuatu yang baharu berdasarkan pengetahuan yang telah dipelajari.

Mencipta dan menggabungkan elemen-elemen yang relevan, serta menerangkan bagaimana mereka merancang untuk meningkatkan pemahaman pelajar menggunakan pendekatan yang inovatif.

Aras

Kata Tugas Eksplisit

6. Mencipta/ Creating

Binakan

Bentukkan

Buktikan

Cadangkan

Ciptakan

Hasilkan

Gabungkan

 

Gubal

Jana

Perincikan

Perjelaskan

Putuskan

Rancangkan

Rumuskan

Sediakan

Simpulkan

Tafsirkan

Mereka bentuk

Susun atur

Contoh arahan soalan yang mengandungi kata tugas berdasarkan aras mencipta seperti di bawah ini.

  1. Binakan Rancangan Pengajaran Harian bagi kemahiran mendengar dan bertutur bagi Tahun 1 untuk murid pemulihan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
  2. Cadangkan satu pendekatan yang efisien bagi menangani masalah murid tidak dapat mengenal huruf konsonan dan vokal.
  3. Sediakan pelan lantai untuk para peserta mengikuti satu pameran inovasi di peringkat antarabangsa.
  4. Hasilkan satu inovasi untuk mengatasi masalah kesesakan di kaunter pengguna di organisasi anda.
  5. Rancangkan pelan kewangan yang sesuai untuk kos lawatan ke sebuah negara jiran untuk percutian keluarga.

*****

 

Hala Tuju Pendidikan Berfokus Masa Depan

Hala Tuju Pendidikan Berfokus Masa Depan

Oleh Muhaimi Suhaili, Nur Raihan Md Ariani, Nur Ain Faresha Abdul Haqq, Nur Alifah Wardiah Syafie*

HALA tuju pendidikan negara hendaklah berpaksikan masa hadapan seiring dengan perkembangan dunia pendidikan dalam melaksanakan transformasi pengajaran dan pembelajaran. 

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Perkongsian

Pelawat

Hari Ini70
Semalam855
Minggu Ini925
Bulan Ini21407
Jumlah Pelawat482243

Who Is Online

1
Online

2026-06-30