KPPB Mereka Bentuk Masa Depan Melalui Pedagogi Kontemporari

KPPB Mereka Bentuk Masa Depan Melalui Pedagogi Kontemporari

Oleh Muhaimi Suhaili, Syazreen Nuraizura Mazalan & Nurliyana Najwa Mahadi*

KAPASITI Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) mampu mereka bentuk masa hadapan pendidikan Malaysia melalui amalan pedagogi kontemporari bagi mendepani cabaran perubahan terkini.

Bagi mencapai hasrat tersebut, para pelajar haruslah mempunyai ciri-ciri guru yang kontemporari seperti self-navigator, social contractor, media critic & media maker, innovative designer dan global connected citizen

Demikian dinyatakan oleh Encik Mohamad Zaidi bin Ishak, Pengarah IPGMK Raja Melewar ketika merasmikan Sokongan Profesional KPPB OPD Kluster 5, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus (IPGMK) bagi semester 1, sesi Januari hingga Mei yang diadakan pada 3 April 2024 semalam secara dalam talian melalui platform Google Meet. 

Gambar: Encik Mohamad Zaidi bin Ishak

Menurut beliau, ciri-ciri guru kontemporari tersebut dapat memenuhi aspirasi Pillars of Education yang dikeluarkan oleh UNESCO pada tahun 1972 iaitu antaranya ialah learning to live together dan learning to be

“Hal ini bertepatan dengan tema  Sokongan Profesional kita pada kali ini iaitu “KPPB: Mereka Bentuk Masa Hadapan Melalui Pedagogi Kontemporari”, tambahnya.

Tambah beliau lagi,  KPPB telah mula bergerak pantas menangani perubahan dan memperlihatkan pembelajaran itu sebagai satu perspektif yang lebih meluas skopnya dengan impak yang lebih menyeluruh.

Beliau juga berharap agar setiap pensyarah dan pelajar dapat menjiwai KPPB ini dengan lebih mendalam terutama dari aspek merungkai bagi memperoleh aspek clarity atau kejelasan. 

Selain itu, ciri-ciri backward design dalam KPPB berlaku apabila semua pensyarah telah merancang dengan rincinya tentang aspek pentaksiran sama ada dalam pentaksiran berterusan, mahupun dalam aktiviti kuliah dan tutorial sebelum interaksi kuliah bermula.

Gambar: Antara peserta yang mengikuti SP KPPB DLO Kluster 5

“Inilah produk kita yang menjadi kebanggaan Institut Pendidikan Guru Malaysia dalam melonjakkan kecemerlangan dalam bidang pedagogi” ujarnya.

Menurut beliau lagi, keunikan melaksanakan interdisciplinary adalah sesuatu yang sangat berbeza berbanding institusi-institusi lain sesuai dengan visi sebagai peneraju kecemerlangan pendidikan guru.

Katanya, setiap pensyarah perlu merancang ciri-ciri backward design, perancangan WHERETO (where to) serta kelima-lima model KPPB dan penghasilan Sites iaitu Objek Pembelajaran Digital atau OPD untuk memastikan setiap para pelajar memperoleh pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna sesuai dengan era digital pada masa kini.

 

Gambar: Dr. Siti Rosni binti Mohamad Yusoff

Terdahulu, dalam ucapan alu-aluan daripada Dr. Siti Rosni binti Mohamad Yusoff, Task Force KPPB IPGM menjelaskan bahawa melalui Objek Pembelajaran Digital (OPD), IPGM menyahut Dasar Pendidikan Digital yang bermatlamat menyediakan generasi fasih digital, meningkatkan kompetensi dan pembangunan profesionalisme serta merapatkan jurang digital. 

“Bagi merealisasikan pencapaian pembelajaran bermakna dalam kalangan pelajar, kita perlu menjadikan pelajar kita sebagai pelajar kontemporari dan OPD KPPB ini akan membolehkan pengajaran dan pembelajaran berlaku secara ‘ubiquitous’ serta menyokong Pengajaran dan Pembelajaran secara synchronous (segerak), asynchronous (tidak segerak) dan hybrid” katanya.

Hal ini dapat menyediakan ekosistem yang kental dan fleksibel untuk terus berkembang bagi menghadapi pascanormal pendidikan, dunia BANI (Brittle, Anxious, Non-linear, Incomprehensible) serta cabaran revolusi industri 4.0 ke arah wawasan kemakmuran bersama menjelang tahun 2030.

“Generasi alpha yang lahir pada tahun 2010 akan mula berada pada era pekerjaan dan ilmu serta pelbagai kemahiran yang diperoleh akan menjadi bekalan kepada mereka apabila ke sekolah kelak” tambahnya.

Menurut beliau, jika kita tidak membekalkan pelajar bakal guru ini  dengan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan sebenarnya pada masa kini, maka generasi alpha atau anak-anak  murid mereka  akan berdepan dengan masalah apabila pekerjaan mereka dikelilingi oleh teknologi dan digital.

“Bagaimana mereka boleh menjadi warga nilai tambah kepada kesejahteraan dunia sebagai wargakerja  era k-ekonomi nanti?” soalnya.

“Jadilah pelajar bakal guru yang kalis masa hadapan supaya dapat menghasilkan murid kalis masa hadapan yang mampu bersaing secara positif dalam komuniti dunia” tegasnya.

Oleh itu, menurutnya lagi, kita perlu menyediakan guru yang akan ke sekolah dan mengajar generasi yang akan memenuhi tempat kerja pada 2030 nanti. 

Selain itu, kemahiran yang mula diajar di sekolah akan membantu tenaga kerja masa hadapan dan membantu mereka untuk bergerak sebagai warganegara dunia yang proaktif serta mendahului warga dunia lain.

Sehubungan itu, beliau berharap para pensyarah dapat membangunkan OPD KPPB yang menepati kegunaan dan mesra pengguna dengan ciri-ciri fleksibiliti dan aksesibiliti, kebolehgunaan semula (reusability), kebolehulangan (replicability), skalabiliti,  dan penglibatan serta interaktiviti.

Sokongan Profesional (SP) Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna Objek Pembelajaran Digital (KPPB OPD) Kluster 5 Kali ini  telah mengangkat tema “KPPB - Mereka Bentuk Masa Hadapan Melalui Pedagogi Kontemporari”, dengan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Raja Melewar sebagai host.

SP KPPB OPD peringkat IPGM ini menghimpunkan tujuh Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus (IPGMK) yang terlibat iaitu IPGMK Tengku Ampuan Afzan, IPGMK Temenggong Ibrahim, IPGMK Ipoh, IPGMK Kota Bharu, IPGMK Raja Melewar, IPGMK Darulaman dan IPGMK Dato’ Razali Ismail.

Kali ini, IPGM Kampus Raja Melewar menjadi host.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu kebesaran Negeri Sembilan diikuti dengan kata alu-aluan oleh pengacara majlis, Ahmad Irsyaduddin bin Khairuddin sebelum bacaan doa oleh Muhammad Harizh Iman bin Chairil Anwar. 

 

Gambar: Ahmad Irsyaduddin bin Khairuddin selaku pengacara majlis

Gambar: Bacaan doa oleh Muhammad Harizh Iman bin Chairil Anwar

Sokongan Profesional KPPB OPD pada kali ini dikendalikan oleh Siti Nur Amira binti Mohd Ali dan Nurul Natasha Alia binti Mat Yusof selaku moderator.

 

Gambar: Siti Nur Amira binti Mohd Ali  (kanan) dan Nurul Natasha Alia binti Mat Yusof selaku moderator

Pembentangan KPPB / OPD KPPB dimulakan pada pukul 9.00 pagi oleh IPGMK Dato’ Razali Ismail iaitu Dr. Sakhiyyah binti A. Rahim dengan The Big Idea (TBI) Careful Planning Leads to Successful Teaching.

Gambar : Pembentangan daripada IPGMK Dato’ Razali Ismail oleh Dr. Sakhiyyah binti A. Rahim 

Kursus yang dibentangkan adalah bersifat stand alone iaitu Integrated Skills in The Primary ESL Classroom ( TSLB3343 ). 

Pembentang berkongsikan maklumat kursus ( MK ) yang diajarkan kepada para pelajar dengan merungkai Hasil Pembelajaran Kursus (HPK) yang terlibat dalam kursus yang diajarkan. 

Tugasan yang perlu dilakukan oleh pelajar ialah mereka perlu menilai sampel rancangan mengajar berdasarkan DSKP.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan pembentangan daripada IPGMK Temenggong Ibrahim oleh En. Fazli bin Mohamed dengan TBI Kit Senaman Inovasi Kecemerlangan Sukan.

Gambar : Pembentangan daripada IPGMK Temenggong Ibrahim oleh Encik Fazli bin Mohamed 

Terdapat dua kursus yang dilaksanakan secara interdisciplinary iaitu Asas Senaman dan Kecergasan ( PJMS1104 ) dan Isu dalam Pendidikan Jasmani dan Sukan (PJMS1114).

Pembentang memberitahu bahawa interdisciplinary ini dapat membantu pelajar dalam mengurangkan bebanan pentaksiran berterusan yang perlu disiapkan iaitu pelajar dikehendaki membuat satu penulisan ilmiah yang menggabungkan kedua-dua kursus tersebut. 

Selain itu, pembelajaran bagi kedua-dua kursus ini juga turut menerapkan elemen 6C untuk merealisasikan kompetensi pembelajaran bermakna.

Selepas itu, majlis diteruskan dengan pembentangan daripada IPGMK Darulaman oleh Pn. Nurulhuda binti Aziz @ Khalid dan Pn. Hazwani binti Md Razi dengan TBI Knowledge Internalisation in The Digital Age Fosters Significant Change and Growth in National Education. 

Gambar : Pembentangan daripada IPGMK Darulaman oleh Pn. Nurulhuda binti Aziz @ Khalid dan Pn. Hazwani binti Md Razi 

Kursus yang dibentangkan adalah secara stand alone iaitu Inclusive Education (TSLB3132).

Pembentang berkongsikan tentang aktiviti pembelajaran yang dijalankan iaitu membuat tutorial dalam kumpulan menggunakan pemanfaatan digital seperti Canva, Youtube, Tiktok dan Google Sites.

Para pelajar juga dikehendaki untuk menjayakan sebuah Gallery Walk dan menghasilkan tugasan individu iaitu bahan bantu mengajar (BBM) yang dapat digunakan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas kelak. 

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan pembentangan daripada IPGMK Raja Melewar oleh Dr. Zurina binti Mustaffa dan Dr. Fairuzzah binti Harun dengan TBI Pemanfaatan Inovasi JSU Pemangkin Pendidikan Bersepadu.

 

Gambar: Pembentangan daripada IPGMK Raja Melewar oleh Dr. Zurina binti Mustaffa dan Dr. Fairuzzah binti Harun 

Kursus yang dibentangkan adalah secara stand alone iaitu Pentaksiran dalam Pendidikan Islam  (PIMK3123). 

Pembentang berkongsi tentang google site yang telah dihasilkan bersama-sama pelajar. 

 

Gambar: Sesi maklum balas IPGMK Raja Melewar oleh Dr. Rafizah binti Mohamed Salleh  

Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan pembentangan daripada IPGMK Ipoh oleh En. Md. Shahaidil bin Ab Rahman dengan TBI Guru Intelek Menjana Pemikir Unggul.

Gambar: Pembentangan daripada IPGMK Ipoh oleh En. Md. Shahaidil bin Ab Rahman 

Kursus yang telah dibentangkan telah dijalankan secara interdisciplinary iaitu Asas Penyelidikan dalam Pendidikan (PIMK3143), Pendidikan Inklusif (PIMK3123), Pentaksiran dalam Pendidikan Islam (PIMK 3103) dan Pengajian Akhlak (PIMK3103). 

Selain itu, pembentang turut berkongsi tentang beberapa aktiviti yang telah dijalankan seperti penerangan konsep pendidikan inklusif menggunakan ChatGPT, Google Docs dan sebagainya, menonton video berkaitan konsep pendidikan inklusif untuk meningkatkan pemahaman dan lain-lain. Menurut pembentang juga, mereka hanya menggabungkan isi kandungan sahaja dan bukan tugasan.

 

Gambar: Sesi maklum balas IPGMK Ipoh oleh En. Rahmad bin Ali 

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan pembentangan daripada IPGMK Tengku Ampuan Afzan oleh Dr. Zarina binti Eshak dan Pn. Nurul Ain binti Abdul Rahman dengan TBI Bina Kreativiti, Menjejak Bakat: Pentaksiran Kanak-Kanak yang Inspiratif. 

 

Gambar: Pembentangan daripada IPGMK Tengku Ampuan Afzan oleh Dr. Zarina binti Eshak dan Pn. Nurul Ain binti Abdul Rahman 

Terdapat dua kursus yang telah dijalankan secara interdisciplinary iaitu Kreativiti dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK3553) dan Pentaksiran dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK3513).

Gambar: Aktiviti pembelajaran yang dikongsikan oleh Dr. Zarina binti Eshak dan Pn. Nurul Ain binti Abdul Rahman 

Pembentang menjelaskan tentang aktiviti yang telah dibuat bersama kanak-kanak iaitu penghasilan boneka di luar dan di dalam bilik darjah.

Pembentang turut menjelaskan tentang aktiviti perbincangan bagi menjalankan pentaksiran kepada kanak-kanak. Menurut pembentang, kedua-dua aktiviti ini telah menjawab kepada Essential Question yang telah dibuat.

Majlis diteruskan lagi dengan pembentangan daripada IPGMK Kota Bharu oleh Dr. Hajarul Bahti binti Zakaria dengan TBI Aktiviti bermakna, PDK berkualiti, MBPK berjaya. 

 

Gambar: Pembentangan daripada IPGMK Kota Bharu oleh Dr. Hajarul Bahti binti Zakaria 

Kursus yang dibentangkan dilaksanakan secara interdisciplinary iaitu Pemulihan dalam Komuniti (PKBK3123) dan Intervensi dan Khidmat Sokongan untuk kanak-kanak Berkeperluan Khas (PKUK 3103). 

 

Gambar: Pelaksanaan aktiviti pembelajaran berdasarkan perancangan oleh Dr. Hajarul Bahti binti Zakaria 

Pembentang turut menunjukkan beberapa gambar tentang hasil aktiviti yang telah dijalankan oleh pelajar.

 

Maklum balas Panel

Sepanjang SP KPPB DLO 5 berlangsung, para pembentang turut mendapat maklum balas daripada panel penilai yang diwakili oleh Encik Rahmad bin Ali, Pn. Roslina binti Mohd Rasdi, dan Dr. Rafizah binti Mohamed Salleh.

Antara maklum balas daripada panel penilai ialah aktiviti merungkai dan merangkai telah dilaksanakan dengan jayanya melalui Bimbingan Perancangan Kurikulum (BPK) di IPGMK masing-masing.

Para pensyarah telah berjaya mengaplikasikan model-model KPPB dengan jayanya.

Selain itu, beberapa aspek penambahbaikan telah dicadangkan.

Antaranya, pensyarah perlu menyediakan platform Google Sites sebagai OPD untuk memasukkan arahan aktiviti agar dapat dikongsi dan diguna pakai oleh pihak luar.

Untuk kursus yang bergabung, Hasil Pembelajaran Kursus (HPK) hendaklah selari dan sesuai bagi kursus-kursus yang terlibat.

Pensyarah hendaklah membawa pelajar untuk mencapai TBI yang digunakan sepanjang tempoh kursus dilaksanakan agar pelajar tahu hala tuju mereka.

Bagi yang telah melaksanakan kursus secara stand alone kali, boleh menggunakan pendekatan interdisciplinary pula pada masa akan datang agar kemahiran merangkai dapat ditingkatkan.

Ahli panel turut mencadangkan untuk meningkatkan penglibatan para pelajar dari semasa ke semasa.

Para pelajar perlu diberi peluang sebagai co-designer dan co-learner bagi memantapkan lagi pelaksanaan KPPB ini.

Gambar: Ulasan oleh Dr. Siti Rosni binti Mohamad Yusoff

Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan ulasan task force oleh Dr. Siti Rosni binti Mohamad Yusoff untuk memberikan ulasannya sepanjang majlis ini berlangsung.

Menurut beliau, pembentang haruslah memastikan borang atau template merungkai  yang digunakan adalah borang yang baharu dan terkini.

Beliau juga turut menyatakan bahawa  penghasilan TBI bukan hanya berfokus kepada kursus namun turut berfokus kepada visi dan misi IPGM. 

Beliau juga turut mencadangkan beberapa teknik pembentangan yang betul.

Antaranya adalah penggunaan logo yang betul, penggunaan maklumat yang terkini, memaparkan pautan OPD beserta dengan template merungkai untuk meningkatkan kejelasan sesuatu pembentangan.

Namun begitu, beliau mengucapkan tahniah kerana hampir keseluruhan pembentangan telah menguasai elemen dalam model KPPB. 

Beliau berharap agar showcase pada bulan Jun akan datang dibuat dengan lebih baik dan memenuhi aspek yang dikehendaki dalam elemen model KPPB.

Selesai sahaja ulasan daripada Ketua Panel, majlis diakhiri dengan nyanyian lagu IPGM serta sesi bergambar bersama ahli-ahli panel, pembentang dan para peserta yang terlibat.

*****

Di Sebalik Tirai Host

*Profil Penulis

Muhaimi Suhaili (kiri atas) ialah Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Melayu, IPGM Kampus Raja Melewar, manakala Syazreen Nuraizura Mazalan (tengah) & Nurliyana Najwa Mahadi (kanan) ialah pelajar PISMP BM1,  Opsyen Bahasa Melayu, Ambilan 2022/27, IPGM Kampus Raja Melewar.

Related Articles

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Pelawat

Hari Ini136
Semalam153
Minggu Ini1242
Bulan Ini4133
Jumlah Pelawat154888

Who Is Online

3
Online

2024-06-23