Google for Education - Sumbangan Besar dalam Pendidikan di Malaysia

Google for Education - Sumbangan Besar dalam Pendidikan di Malaysia

Oleh Muhaimi Suhaili

 

GOOGLE memang nama besar dalam hati setiap jiwa manusia.

Sumbangan dalam dunia pendidikan terutamanya tidak dapat dipertikaikan, malah dalam konteks Malaysia.

Pada 28 November 2023 yang lepas, saya berkesempatan ke Program Digital Skill Up with Google for Education bertempat di pejabat Google Malaysia, Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur.

Program ini bertujuan untuk menghargai usaha warga Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam memperkasakan pengintegrasian pendidikan digital dan memperkenalkan fitur-fitur baharu dalam platform Google for Education.

Tahniah kepada semua yang terlibat terutamanya IPGM Kampus Bahasa Melayu (BM) yang mempertemukan warga pendidik daripada pemimpin IPGM sendiri, sehinggalah kepada pensyarah, guru dan pelajar-pelajar yang terdiri daripada guru-guru pelatih.

Setinggi penghargaan kepada Ts. Mimma Sayuti Mat Khalid, Google Educator Group (GEG) Leader Petaling Jaya, merupakan Pensyarah Cemerlang dan Task Force Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) - Objek Pembelajaran Digital (OPD), yang menjadi tulang belakang program ini sehinggalah menjadikan kenyataan.

Dalam ucapan pembukaan oleh Dr. Yazid bin Abdul Manap, Timbalan Rektor Pusat Pembangunan Latihan, IPGM Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Google Malaysia atas kolaboratif yang dijalin dengan warga IPGM di seluruh negara.

"Untuk merealisasikan visi, IPG peneraju kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia, kita harus menguasai teknologi sesuai dengan dasar peluncuran digital KPM" tambahnya.

Gambar: Dr. Yazid bin Abdul Manap dalam ucapan pembukaan

Melalui untaian beberapa rangkap pantun, beliau menjelaskan bahawa kompetensi dalam digital sesuatu yang perlu ditingkatkan agar setiap warga pendidik sentiasa kekal relevan dalam menangani arus perubahan.

Selain itu, Puan Mimma Sayuti turut berkongsi tentang penglibatan guru-guru dan pelajar dalam memperkasakan kompetensi digital melalui program kolaboratif bersama-sama Google.

Sebagai pemimpin Google Educator Groups (GEG) Petaling Jaya, beliau telah berjaya membawa IPGM, khususnya Kampus Bahasa Melayu dalam meningkatkan kompetensi pensyarah mahupun pelajar, serta guru-guru di sekolah melalui pemanfaatan digital.

Gambar: Ts. Mimma Sayuti Mat Khalid, Google Educator Group (GEG) Leader Petaling Jaya

Elemen ini terkandung dalam model reka bentuk pembelajaran KPPB bawah cabang pemanfaatan digital.

Selain itu, beliau juga berkongsi tentang peranan GEG Petaling Jaya membawa pelajar-pelajar terlibat dalam program antarabangsa melalui platform digital dengan menyertai GEG APAC di peringkat antarabangsa.

Menurut beliau, GEG amat membantu guru-guru memenuhi SPLKPM dan MySMP pelajar dalam membantu aspek penarafan.

"Sehubungan dengan itu, kita ingin meraikan penglibatan para guru dan pelajar IPGK BM khususnya ketika menyertai program-program Google sehingga memperoleh sijil Google", tambahnya.

Selain itu, Raja Azmi Adam turut berkongsi melalui sesi bengkel yang bertajuk Transforming the Future of Education with Google.

Beliau ialah Country Director bagi Malaysia, Singapura dan Brunei, Google for Education.

Antara pengkongsiannya adalah tentang peranan Google dalam menjayakan program pendidikan dan sumbangan Google dalam menyediakan pelbagai aplikasi bagi membantu meningkatkan keberkesanan kerja lebih-lebih lagi dalam bidang pendidikan.

Gambar: Raja Azmi Adam turut berkongsi tentang sumbangan Google dalam pendidikan

Selain itu, Cik Ho May San juga turut berkongsi penggunaan aplikasi Google Bard dalam menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian.

Beliau menjelaskan langkah-langkah penggunaan Google Bard yang menggunakan Artificial Intelligence (AI) bukan pengganti kepada manusia, tetapi membantu manusia memudahkan pekerjaan manusia.

Gambar: Cik Ho May San juga turut berkongsi penggunaan aplikasi Google Bard AI dalam menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian

"Google Bard dengan penggunaan AI, bukan mengganti atau merampas kerja-kerja guru tetapi hanyalah tool membantu meningkatkan keberkesanan kerja-kerja guru" tegasnya.

Bengkel penggunaan Google Bard juga turut dibantu oleh Puan Stephanie Yap Su Chen.

Majlis Apresiasi tersebut turut meraikan persaraan Puan Nor Asilah binti Osman, Pengarah IPGM Kampus Bahasa Melayu yang banyak memberi sumbangan dalam menyokong program berkaitan dengan Google di IPGM Kampus Bahasa Melayu sepanjang beliau menjadi Pengarah.

Gambar: Puan Nor Asilah binti Osman, Pengarah IPGM Kampus Bahasa Melayu, turut diraikan

Majlis penyampaian sijil Google turut disempurnakan atas penglibatan mereka yang terlibat dengan program Google.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Dr. Haji Mohamad Isa bin Azis, Timbalan Rektor IPGM, Pusat Hal Ehwal Pelajar, Pengarah IPGM Kampus Ipoh, Pengarah IPGM Kampus Bahasa Antarabangsa,  serta Dr. Nirwana binti Mohd Rashid, Timbalan Pengarah IPGM Kampus Bahasa Melayu.

Selain itu bengkel tersebut juga turut dihadiri oleh barisan educator Malaysia yang terdiri daripada pegawai-pegawai IPGM, Task Force KPPB-OPD, Wirawan KPPB-OPD, Ketua-ketua Jabatan dan Unit, pensyarah IPGM, guru-guru Malaysia bersijil Google, dan guru-guru pelatih IPGM Kampus Bahasa Melayu.

Berikut ialah rakaman peristiwa stersebut seperti di bawah.

 

 

*****

Related Articles

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Pelawat

Hari Ini108
Semalam143
Minggu Ini251
Bulan Ini2561
Jumlah Pelawat142918

Who Is Online

2
Online

2024-04-16