Portfolio

Prakata Buku BPE 2023 oleh Sidang Editor

Prakata Buku BPE 2023 oleh Sidang Editor

 

BUKU Perancangan Eksekutif (BPE) menghimpunkan suatu kerangka kerja yang sistematik dalam satu peta perjalanan bagi memastikan pelaksanaan program dan aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancarnya. Segalanya memerlukan komitmen, pemikiran, pandangan, idea dan strategic thinking bagi memastikan IPG Kampus Raja Melewar bergerak dan berada di landasan betul. Untuk ke destinasi yang dituju, warga IPGKRM dibekalkan dengan peta Model Paradigma MEKAR bagi merealisasikan gagasan yang diilhamkan oleh Dr. Mazlan Aris, Pengarah IPG Kampus Raja Melewar menjadi kenyataan. Beliau ialah nakhoda kapal, dan seluruh warga kampus ialah anak-anak kapal, melayari kampus ini bertunjangkan tiang lapan kluster dalam usaha melaksanakan transformasi IPG. Warga IPGKRM komited melakarkan masa depan, berpasakkan kerangka kerja Model Paradigma MEKAR sebagai peta perjalanan kami. 

Kami juga meraikan hashtag "ipgpencetuspemikiranunik" untuk menjadikan warga kampus ini berbeza daripada yang lain. Dengan mengemudikan visi "IPG Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru", kami melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan. Dengan meletakkan kami di peta dunia, warga IPG komited untuk membawa misi "melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia."  Oleh itu, program-program yang dirancang dalam BPE memberi faedah kepada para pelajar terutama yang berimpak tinggi, malah melepasi sempadan global. BPE ialah suara warga IPGKRM yang beraspirasi tinggi, dengan aku janji memastikan segala program yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan teratur dan lancar.

Selain itu, BPE mengandungi perancangan yang teliti yang sepanjang tahun 2023 bagi memastikan semua pensyarah, Kumpulan Anggota Pelaksana (AKP) dan para pelajar dapat mengharungi masa depan yang penuh ambiguity bagi mendepani dunia VUCA. Dengan BPE seluruh warga IPGK beriltizam melahirkan bakal-bakal guru berjiwa pendidik dengan bimbingan para pensyarah melalui pedagogi terkini berdasarkan kebitaraan dan kompetensi masing-masing seperti yang terdapat dalam BPE. Bawah lapan Kluster IPG, kami telah menyusun langkah, daripada imaginasi, menjadi realiti. Dalam BPE, kami memastikan setiap program dilaksanakan dengan jayanya dan efisien. 

Antara pembaharuan yang kami lakukan ialah membahagikan program dan aktiviti yang dirancang itu bawah pemantauan tujuh kluster yang merangkumi kesemua lapan kluster Transformasi IPG. Bawah setiap kluster ini, kami letakkan Ketua Kluster bagi memastikan program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Selain itu, BPE membawa warga IPGKRM menghayati gagasan bahawa setiap orang ialah unik dan mempunyai potensi dan bakat masing-masing. Dalam BPE juga telah memuatkan maklumat tentang usaha memaksimumkan kepakaran yang ada dalam diri setiap warga IPGKRM dengan mengembangkan potensi warga IPG bawah lapan kebitaraan masing-masing. Kami komited untuk menguar-uarkan potensi warga IPG ini bawah lapan kebitaraan masing-masing. 

Dengan penerbitan BPE ini, seluruh warga IPGKRM akan terus melangkah jauh ke hadapan dengan penuh iltizam sebagai sebuah IPG yang dapat menangani perubahan dan sentiasa kekal relevan. Berteraskan budaya IPG, BPE diharap dapat membantu warga IPGKRM melakar generasi Malaysia untuk  melahirkan pemimpin pendidik yang fleksibel dan kalis masa depan.

 

*****

Date

31 Januari 2023

Tags

PDCA

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Pelawat

Hari Ini186
Semalam184
Minggu Ini988
Bulan Ini7533
Jumlah Pelawat139919

Who Is Online

1
Online

2024-03-29