Portfolio

Prakata Buku Modul Pembelajaran Al-Kahfi (PAK)

Prakata Buku Modul Pembelajaran Al-Kahfi (PAK)

Modul Pembelajaran Bahasa Al-Kahfi (EBaK) merupakan modul yang dibangunkan untuk meningkatkan Tahap Penguasaan Kemahiran Bacaan Murid LINUS. Modul ini membimbing guru-guru LINUS untuk mengajar murid-murid LINUS bagi menguasai kemahiran membaca.

Modul ini bertepatan dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) agar semua murid berkeupayaan untuk menguasai asas LINUS selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah sebagaimana yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).

Projek ini telah mengetengahkan idea yang bernas seiring dengan perkembangan pembelajaran abad ke-21 pada masa ini agar dapat mengelakkan masalah keciciran dalam kalangan murid-murid dengan lebih serius. Kejayaan ini memberikan makna yang besar kepada usaha mempergiatkan amalan budaya kualiti dan inovasi. Impak yang dapat dirasai daripada kejayaan projek ini adalah dari segi budaya kerja yang lebih kreatif, inovatif dan efisyen. Bukan itu sahaja, usaha ini juga merupakan satu peluang untuk meningkatkan standard penyediaan laporan.

Konsep Pembelajaran Al-Kahfi (PAK) Pengenalan Satu daripada National Key Result Area (NKRA) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah semua murid berkeupayaan untuk menguasai asas Literasi dan Numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah. Pernyataan NKRA tersebut menuntut diadakan satu mekanisme untuk menentukan sama ada NKRA itu dapat dicapai atau tidak. Mekanisme ini juga dapat dijadikan asas untuk mengenal pasti murid yang tidak melepasi standard prestasi Literasi dan Numerasi, supaya intervensi dapat dijalankan tentang konstruk yang tidak dikuasai, mengapa tidak dikuasai dan bagaimana pemulihan dapat dilaksanakan supaya pada akhirnya semua murid berupaya untuk menguasai asas Literasi dan Numerasi selepas tiga tahun mengikut pendidikan rendah (KPM, 2015).

Instrumen Saringan Literasi dan Numerasi (Literacy dan Numeracy Screening atau LINUS) direka bentuk berdasarkan 12 konstruk asas Literasi dan Numerasi sejajar dengan definisi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Semua instrumen saringan mengukur konstruk yang sama. Item bagi setiap instrumen dibina berdasarkan kedalaman kandungan. Antara 12 kontruk yang diukur dalam saringan literasi ialah:

Konstruk 1 : Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.

Konstruk 2 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.

Konstruk 3 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka.

Konstruk 4 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.

Konstruk 5 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.

Konstruk 6 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ‘ng’.

Konstruk 7 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong.

Konstruk 8 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding.

Konstruk 9 : Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung.

Konstruk 10: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran.

Konstruk 11: Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.

Konstruk 12: Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.

Fasa pelaksanaan saringan LINUS ialah melibatkan saringan membaca dan saringan menulis. Oleh yang demikian, satu modul yang praktikal dan memenuhi keperluan pembelajaran abad ke-21 perlu dihasilkan. Modul yang diterbitkan ini khusus untuk kemahiran membaca dahulu sebelum modul kemahiran menulis. Modul ini berdasarkan aspek-aspek yang penting seperti yang terdapat dalam Instrumen Saringan Membaca yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (2015)

 

Muhaimi Suhaili

Ketua Kumpulan & Ketua Projek Modul Pembelajaran Al-Kahfi (PAK)

Date

29 Januari 2023

Tags

Kreativiti Pembelajaran

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Pelawat

Hari Ini88
Semalam552
Minggu Ini873
Bulan Ini4248
Jumlah Pelawat144605

Who Is Online

3
Online

2024-04-24