Portfolio

Prakata Buku Citra Inovasi

Prakata Buku Citra Inovasi

 

SYUKURLAH kerana dengan limpah dan keizinan-Nya, naskhah kecil ini iaitu Citra Inovasi berjaya disiapkan. Kumpulan guru pelatih opsyen Bahasa Melayu, telah berjaya menjadikan imaginasi satu realiti. Bermula dengan satu cabaran dan “rasa impian” yang sentiasa diraikan, akhirnya menjadi satu aspirasi yang dapat direalitikan. Tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan hasil penulisan Citra Inovasi sempena Konvensyen Inovasi Pembelajaran (KIP) 2021.

Saya ingin merakamkan berbanyak terima kasih atas sokongan semua pihak dalam menjayakan penerbitan naskhah ini terutamanya Pengarah Puan Anis Alisya binti Abdullah dan Timbalan Pengarah Cik Rosidah binti Abdollah yang sangat menggalakkan para pensyarah untuk menerbitkan buku-buku berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada. Selain itu, penghargaan ini juga disampaikan kepada Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu (JPM), Dr. Sara Beden yang telah menjadikan budaya penerbitan di JPM sesuatu yang harus dijulang dan dihasilkan dari semasa ke semasa. Tidak lupa juga kepada semua rakan sejawatan seperti Timbalan Ketua Jabatan JPM, Tuan Haji Sapiee Saidi, Encik Halik Wang, Dr. Radna Wismawati Muhibah Yahya Sawek, Dr. Melvina Chung, Encik Pati Alap, Encik Sawal Achong, Encik Michael Belekum dan rakan-rakan lain yang tidak disebutkan nama mereka - yang sentiasa berjuang meningkatkan kualiti guru-guru pelatih di IPG ini. Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan kepada seluruh warga IPG Kampus Tun Abdul Razak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memberi sokongan dan dorongan.

Sempena KIP2021, sebanyak 41 kumpulan Opsyen Bahasa Melayu yang bertanding dalam konvensyen kali ini. Para pembaca boleh mengikuti pembentangan KIP2021 melalui YOUTUBE MyIPGKTAR iaitu suatu koleksi pembentangan yang melibatkan lima (5) bilik selari. Apapun, Citra Inovasi yang tuan puan pegang sekarang ini hanyalah dapat memuatkan beberapa buah inovasi yang dapat diterbitkan daripada sekalian banyak kumpulan yang menyertai KIP2021. Gaya persembahan dalam pelaporan Citra Inovasi ialah dengan menggunakan Kaedah PUSAR + 3 Ext berdasarkan lima fasa iaitu P (Problem), U (Unpack), S (Suggest), A (Action), R (Reflect), dan 3 Ext (Extend, Extra, & Extraordinary). Kaedah PUSAR + 3 Ext ialah satu kaedah menghasilkan inovasi yang amat sesuai dan relevan digunakan dalam bidang pendidikan.

Kelahiran Citra Inovasi ini diharap akan dapat menambahkan koleksi rujukan para pendidik dan dapat dimanfaatkan dalam usaha memartabatkan budaya inovasi dalam kalangan pendidik. Akhir sekali, penulis mewakili semua semua warga penerbitan memohon maaf sekiranya kandungan buku tidak memenuhi kehendak dan aspirasi pembaca.

SEKIAN, SELAMAT MEMBACA!


Muhaimi Suhaili
Penyelaras KIP2021
Jabatan Pengajian Melayu,
IPG Kampus Tun Abdul Razak
KOTA SAMARAHAN

 

Date

29 Januari 2023

Tags

PUSAR+DO

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Pelawat

Hari Ini174
Semalam184
Minggu Ini976
Bulan Ini7521
Jumlah Pelawat139907

Who Is Online

1
Online

2024-03-29