Inovasi 2
Inovasi 2
NAMA INVENTOR
Muhaimi bin Suhaili
NAMA PROJEK INOVASI
“Gajet Magic”: Keberkesanan Pengoperasian Aktiviti Eksplorasi Bahasa
JABATAN/UNIT YANG DIWAKILI
Jabatan Pengajian Melayu
LATAR BELAKANG / RASIONAL INOVASI
Rasional inovasi dihasilkan berdasarkan masalah yang dihadapi guru iaitu:
- Pengoperasian Eksplorasi Bahasa memerlukan tenaga penganjur seramai 50 orang.
OBJEKTIF INOVASI
Objektif inovasi supaya:
- Penganjur dapat menggunakan sebuah telefon pintar untuk mengoperasikan Eksplorasi Bahasa.
INOVASI YANG DIHASILKAN
GAJET MAGIC
KUMPULAN SASARAN
Pelajar-pelajar PISMP di IPG Kampus Tun Abdul Razak
PELAKSANAAN INOVASI
Rujuk Lampiran:
- Jadual Manual Pelaksanaan Inovasi
BUKTI-BUKTI PELAKSANAAN
Rujuk Lampiran:
- Manual Pengoperasian Eksplorasi Bahasa
PROFIL KUMPULAN EB
Penganjur Muhaimi Suhaili
Peserta PISMP Bahasa Melayu Ambilan Januari 2011
Lokasi Interlokasi
Tempat IPG Kampus Tun Abdul Razak & sekitar Desa Ilmu
Masa 4 – 5 jam
Gaya operasi Zig Zag
Nama Eksplorasi Eksplorasi Maya Menjulang Sintaksis Edisi Pertama
Penganjur: Muhaimi bin Suhaili
Alat: Telefon Bimbit
Komputer (dapat akses internet)
Setiap kumpulan menggunakan sebuah kereta untuk bergerak.
ARAHAN:
EKSPLORASI MAYA MENJULANG SINTAKSIS EDISI 1 2013 dimulakan dengan menghantar Klu pertama pada jam 7.30 pagi dimulakan dengan seperti berikut:
- Tulis nama anda di pondok jaga selepas keluar kali pertama dan selepas tamat.
- Menggunakan kereta secara berkumpulan.
- Tidak boleh mana-mana orang luar bersama-sama dengan ahli kumpulan.
- Boleh membawa buku rujukan.
- Kepantasan masa hanyalah sebahagian kecil daripada kriteria kemenangan.
- Kualiti jawapan ialah sebahagian daripada skor markah yang diperoleh.
- Interaksi telefon / mesej dibenarkan jika mahu bertanya maklumat sepanjang ekspedisi ini kepada saya.
- Utamakan keselamatan anda.
- Eksplorasi dijangka tamat 5.30 petang.
- Kualiti tugasan juga diambil kira dalam eksplorasi ini.
- Pastikan anda ada mengambil gambar sebagai dokumentasi atau pelaporan daripada kumpulan anda.
- Interaksi ini ialah belajar sambil bermain.
- Lsaya kan dengan bersungguh-sungguh tetapi tetap santai dan penuh ketenangan.
- Ekspedisi ini mengandungi 5 klu, 5 tugasan, dan 5 soalan.
- Bawa kertas A4 berwarna putih 10 keping.
- Saya mungkin berada di mana-mana lokasi
- Buat yang terbaik dan selamat berjaya!
STESEN 1
SKOP: Binaan Frasa
KLU KE LOKASI
Kampung itu sememangnya mengalami mimpi ngeri, tetapi tidak kepada seorang nenek dengan cucunya. Walaupun neneknya sudah tua, namun si cuculah yang memberi semangat kepada neneknya untuk mempertahankan kampung mereka.
“Mara nek! Teruskan perjuangan!”
“Mara nek! Kita pasti menang!”
Itulah kata-kata semangat daripada cucu kepada neneknya.
- Apakah nama kampung tersebut?
- Ambil gambar kampung tersebut pada mana-mana lokasi yang menunjukkan ahli kumpulan anda berada di situ (sekurang-kurangnya ada nama kampung tersebut).
Mesej kepada saya sama ada melalui telefon atau WhatsApp.
Apabila telah disahkan jawapannya, anda akan diberikan tugasan untuk dilaksanakan.
TUGASAN
Tahniah! Anda telah Berjaya! Anda dikehendaki membina sebuah pantun empat kerat yang setiap barisnya mengandungi kata kerja transitif.
Mesej kepada saya sama ada melalui telefon atau WhatsApp.
Apabila disahkan betul, barulah anda diberi kata kunci baharu untuk memperoleh soalan di Edmodo kumpulan anda.
SOALAN
- Tulis mnemonik untuk mengingat binaan frasa nama yang telah diajar.
- Cari mana-mana papan tanda di kampung tersebut yang mengandungi binaan frasa dan klasifikasikan binaan tersebut bagi setiap perkataan (Cari lima frasa. Kalau dalam bentuk ayat, boleh pecahkan kepada frasa-frasa).
- Berdasarkan suasana di kampung tersebut, bina dua frasa kerja yang mengandungi kata kerja tak transitif berpelengkap, dan tiga frasa kerja yang mengandungi kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.
- Bina lima ayat yang mengandungi frasa adjektif tentang keadaan di kampung tersebut.
- Bina lima ayat yang mengandungi frasa sendi nama tentang pengalaman mencari kampung tersebut.
CATATAN:
Kumpulan anda dikehendaki menjawab soalan tersebut dan menghantarnya ke akaun yang baru diberikan iaitu tempat e-pembelajaran yang anda peroleh melalui soalan tadi.
STESEN 2
SKOP: Jenis-jenis Ayat
KLU KE LOKASI
KUMPULAN MAGERET
Berdasarkan gambar yang dihantar, apakah nama tempat tersebut? Anda perlu pergi ke lokasi tersebut. Ambil gambar bersama-sama dengan ahli kumpulan anda yang menunjukkan anda berada di situ.
Mesej kepada saya sama ada melalui telefon atau WhatsApp.
Apabila telah disahkan jawapannya, anda akan diberikan tugasan untuk dilaksanakan.
TUGASAN
Setiap ahli kumpulan diminta menghasilkan origami burung seperti yang dilampirkan. Cara-cara lipatan anda boleh cari di internet. Gunakan kertas A4 berwarna putih sahaja. Selepas itu ambil gambar kesemua burung kertas tersebut dan hantar kepada saya. Anda hendaklah menghantar gambar tersebut melalui telefon bimbit saya atau WhatsApp.
Apabila disahkan betul, barulah anda diberi kata kunci baharu untuk memperoleh soalan di Edmodo kumpulan anda.
SOALAN
- Setiap seorang daripada ahli kumpulan anda dikehendaki membina dua ayat bagi setiap jenis ayat di bawah:
- Ayat penyata
- Ayat tanya
- Ayat perintah
- Ayat seruan
(Setiap ayat hendaklah dinyatakan nama ahli kumpulan yang membina ayat tersebut).
Bagi ayat perintah, setiap ahli kumpulan anda dikehendaki membina satu ayat bagi setiap mnemonik yang telah dipelajari iaitu “SURAJ! LAPER SI!” (Jumlah ayat: lima ayat bagi menunjukkan perbezaan lima jenis ayat perintah tersebut).
(Setiap ayat hendaklah dinyatakan nama ahli kumpulan yang membina ayat tersebut).
TEMA:
Ayat tersebut hendaklah bertemakan pengalaman suka duka anda ke destinasi tersebut atau suasana persekitaran di lokasi anda itu.
CATATAN:
Kumpulan anda dikehendaki menjawab soalan tersebut dan menghantarnya ke akaun yang baru diberikan iaitu tempat e-pembelajaran yang anda peroleh melalui soalan tadi.
STESEN 3
SKOP: Susunan Ayat dan Ragam Ayat
KLU KE LOKASI
Tentu emak Mordiah pening akibat telatah Mastura anak kedua adik-beradiknya, namun selepas cerita ramalannya.
Cari tempat tersebut kemudian ambil gambar kumpulan anda berlatar belakangkan premis yang dimaksudkan itu.
Mesej kepada saya sama ada melalui telefon atau WhatsApp.
Apabila telah disahkan jawapannya, anda akan diberikan tugasan untuk dilaksanakan.
TUGASAN
Buat carian “Laman Rasmi Majis Daerah Samarahan”. Selepas itu pilih cetak keterangan yang ada pada artikel tentang carian yang dimaksudkan itu. Ambil gambar tentang artikel itu bersama-sama dengan semua ahli kumpulan.
Kumpulan anda diminta menganalisis perenggan pertama sahaja tentang carian yang baru dibuat tentang:
- Frasa
- Klausa (bebas atau terikat).
Mesej kepada saya sama ada melalui telefon atau WhatsApp.
Apabila disahkan betul, barulah anda diberi kata kunci baharu untuk memperoleh soalan di Edmodo kumpulan anda.
SOALAN
Songsangkan ayat yang diberikan di bawah sama ada berlaku dengan cara seluruh predikat, sebahagian unsur dalam predikat, ayat Tanya, ayat majmuk, atau pendepanan terbahagi (pilih mana-mana yang dapat disongsang dengan cara-cara yang dinayatakan di atas).
- Nasi lemak ini untuk anda semua.
- Bagaimana saya tahu?
- Mereka membaiki jambatan yang rosak itu.
- Dia lewat ke sekolah kerana hujan turun dengan agak lebat.
- Saya patut meminta maaf kepada awak.
- Kepala saya selalu pening.
- Yang mana satu kepunyaan awak?
- Zainal menghalang saya daripada mendaftar kursus tersebut.
- Dia disukai kerana kehebatannya.
- Saya yakin bahawa tugasan ini dapat dilaksanakan.
Pasifkan ayat aktif di bawah.
- Dia kehairanan kerana disapa sedemikian rupa.
- Pihak sekolah menjemput semua ibu bapa datang ke majlis tersebut.
- Dia melaksanakan tugas itu dengan penuh keikhlasan.
- Saya menyayangi kamu.
- Kamu menyayangi saya?
- Mereka menyayangi kita.
- Kita menyayangi semua.
- Saya terkejut besar!
- Dia mencabut rumput di halaman rumahnya.
- Tukang kebun itu menyapu daun-daun kering.
CATATAN:
Kumpulan anda dikehendaki menjawab soalan tersebut dan menghantarnya ke akaun yang baru diberikan iaitu tempat e-pembelajaran yang anda peroleh melalui soalan tadi.
STESEN 4
SKOP: Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk
KLU KE LOKASI
Cari tempat ini. Lirik lagu ini mungkin dapat membantu anda.
Kita satu bangsa kita satu Negara
Kita satu bahasa oh..
Kita satu bangsa kita satu Negara..
Kita satu Malaysia.
Sebagai bukti yang anda berjaya ke tempat tersebut, ambil gambar kumpulan anda berlatar belakangkan tempat yang dimaksudkan itu.
Anda hendaklah menghantar gambar tersebut melalui telefon atau WhatsApp.
Apabila telah disahkan jawapannya, anda akan diberikan tugasan untuk dilaksanakan.
TUGASAN
Kumpulan anda dikehendaki untuk mengambil gambar tentang kesilapan bahasa yang terdapat di sekitar Desa Ilmu 1 dan Desa Ilmu 2. Ambil gambarnya dan nyatakan kesilapan bahasa tersebut
Mesej kepada saya sama ada melalui telefon atau WhatsApp.
Apabila disahkan betul, barulah anda diberi kata kunci baharu untuk memperoleh soalan di Edmodo kumpulan anda. Kumpulan anda dikehendaki dikehendaki menjawab soalan tersebut dan menghantarnya ke akaun baharu tersebut.
SOALAN
Ayat dasar dapat dikenal pasti ciri-cirinya berdasarkan “SARAWAK PLAZA (SP) MENYATAKAN BAHAWA CLAUDIA ADA POTENSI BERKEMBANG DENGAN AKTIF”.
Senaraikan enam ciri ayat dasar tersebut.
- Bina ayat berdasarkan pola ayat dasar. Setiap ahli kumpulan dikehendaki membina dua ayat bagi setiap pola. Nyatakan nama anda (dalam kurungan) supaya dapat dikenal pasti binaan siapa.
- “Saya anak kampung. Walaupun sudah hampir satu pertiga daripada usisaya meninggalkan kampung halaman, namun kampungku sentiasa di hati. Saya kadang-kadang merindui suasana tersebut. Saya pernah bermain di lumpur, menyelam di muara, mengangkat padi seguni, malah saya juga pernah bermalam di dalam perahu. Saya pernah meratah udang segar hasil tangkapan di sungai pada malam harinya. Suasana itu sungguh hebat!”
Berdasarkan ayat ayat di atas sila kenal pasti
- Klausa bebas dan tidak bebas (tidak terikat atau terikat)
- Ayat tunggal
- Ayat majmuk dan jenisnya.
CATATAN:
Kumpulan anda dikehendaki menjawab soalan tersebut dan menghantarnya ke akaun yang baru diberikan iaitu tempat e-pembelajaran yang anda peroleh melalui soalan tadi.
STESEN 5
SKOP: Penerbitan ayat
KLU KE LOKASI
Institusi ini merupakan yang kelapan ditubuhkan di Malaysia, dan merupakan yang pertama dicetuskan di bawahWawasan 2020.
Ditubuhkan secara rasminya pada 24 Disember 1992.
Apakah nama tempat tersebut. Hantar gambar ahli kumpulan anda berlatar belakangkan “pusat sumber” institut ini.
Mesej kepada saya sama ada melalui telefon atau WhatsApp.
Apabila telah disahkan jawapannya, anda akan diberikan tugasan untuk dilaksanakan.
TUGASAN
Tahniah, anda Berjaya!
Bina lima ayat majmuk yang berbeza dengan bertemakan UNIMAS, atau persekitaran yang anda saksikan dengan mata kepala anda sendiri.
Mesej kepada saya sama ada melalui telefon atau WhatsApp.
Apabila disahkan betul, barulah anda diberi kata kunci baharu untuk memperoleh soalan di Edmodo kumpulan anda.
SOALAN
- Apakah mnemonik di sebalik “DUSUN ANGGUR AH PIT LUAS.”
- Berdasarkan setiap ayat di bawah”terbitkannya” menjadi ayat yang boleh (a) disusun; (b) digugur; dan (c) diperluas.
- Kebanyakan kita leka dengan kenikmatan dunia.
- Abang saya sangat kacak dan dia juga diminati ramai.
- Dia melaksanakan tanggungjawab itu dengan penuh amanah serta mempunyai komitmen yang tinggi.
- Bagaimana saya tahu siapa yang melukis dan kepunyaan siapa lukisan tersebut?
- Bagaimana kalau semua orang melukis benda yang sama?
CATATAN:
Kumpulan anda dikehendaki menjawab soalan tersebut dan menghantarnya ke akaun yang baru diberikan iaitu tempat e-pembelajaran yang anda peroleh melalui soalan tadi.
PUSINGAN DALAM KUMPULAN
- KLU
PUSINGAN / TEMPAT
|
KG. MERANEK
|
LTAK
|
SCR
|
1 MALAYSIA
|
UNIMAS
|
1
|
BOBOIBOY1
|
DOREMON1
|
SUPERSONIC1
|
TOTALLY SPIES1
|
ULTRAMEN1
|
2
|
DOREMON2
|
SUPERSONIC2
|
TOTALLY SPIES2
|
ULTRAMEN2
|
BOBOIBOY2
|
3
|
SUPERSONIC3
|
TOTALLY SPIES3
|
ULTRAMEN3
|
BOBOIBOY3
|
DOREMON3
|
4
|
TOTALLY SPIES4
|
ULTRAMEN4
|
BOBOIBOY4
|
DOREMON4
|
SUPERSONIC4
|
5
|
ULTRAMEN5
|
BOBOIBOY5
|
DOREMON5
|
SUPERSONIC5
|
TOTALLY SPIES5
|
- TUGASAN
PUSINGAN / TEMPAT
|
KG. MERANEK
|
LTAK
|
SCR
|
1 MALAYSIA
|
UNIMAS
|
1
|
BOBOIBOY1
|
DOREMON1
|
SUPERSONIC1
|
TOTALLY SPIES1
|
ULTRAMEN1
|
2
|
DOREMON2
|
SUPERSONIC2
|
TOTALLY SPIES2
|
ULTRAMEN2
|
BOBOIBOY2
|
3
|
SUPERSONIC3
|
TOTALLY SPIES3
|
ULTRAMEN3
|
BOBOIBOY3
|
DOREMON3
|
4
|
TOTALLY SPIES4
|
ULTRAMEN4
|
BOBOIBOY4
|
DOREMON4
|
SUPERSONIC4
|
5
|
ULTRAMEN5
|
BOBOIBOY5
|
DOREMON5
|
SUPERSONIC5
|
TOTALLY SPIES5
|
- SOALAN
PUSINGAN / TEMPAT
|
KG. MERANEK
|
LTAK
|
SCR
|
1 MALAYSIA
|
UNIMAS
|
1
|
BOBOIBOY1
|
DOREMON1
|
SUPERSONIC1
|
TOTALLY SPIES1
|
ULTRAMEN1
|
2
|
DOREMON2
|
SUPERSONIC2
|
TOTALLY SPIES2
|
ULTRAMEN2
|
BOBOIBOY2
|
3
|
SUPERSONIC3
|
TOTALLY SPIES3
|
ULTRAMEN3
|
BOBOIBOY3
|
DOREMON3
|
4
|
TOTALLY SPIES4
|
ULTRAMEN4
|
BOBOIBOY4
|
DOREMON4
|
SUPERSONIC4
|
5
|
ULTRAMEN5
|
BOBOIBOY5
|
DOREMON5
|
SUPERSONIC5
|
TOTALLY SPIES5
|
***
Inovasi 4
Inovasi 4
NAMA INVENTOR
Muhaimi bin Suhaili
Dr Radna Wismawati Muhibah binti Yahya Sawek
NAMA PROJEK INOVASI
Meningkatkan Kemahiran Mengenal Pasti Kata Hubung Pancangan Keterangan dengan Teknik “ALI”
JABATAN/UNIT YANG DIWAKILI
Jabatan Pengajian Melayu
LATAR BELAKANG / RASIONAL INOVASI
Rasional inovasi dihasilkan berdasarkan masalah yang dihadapi guru iaitu:
- Tidak dapat mengenal pasti ayat yang majmuk pancangan yang mempunyai kata keterangan.
- Tiada idea membina ayat kerana tidak tahu senarai kata majmuk pancangan keterangan.
- Tidak yakin sama ada ayat yang dibina mempunyai kata majmuk pancangan keterangan atau tidak.
OBJEKTIF INOVASI
Objektif inovasi supaya murid dapat:
- meningkatkan kemahiran mengenal pasti ayat majmuk pancangan yang mempunyai kata keterangan bagi membina ayat yang rencam.
INOVASI YANG DIHASILKAN
ALI (AYAT + LUKIS + INGAT)
KUMPULAN SASARAN
Pelajar-pelajar PISMP yang mengambil kursus Sintaksis.
PELAKSANAAN INOVASI
- UJIAN MEMBINA AYAT: Pelajar-pelajar diberi ujian untuk membina ayat majmuk sebanyak yang dapat mengandungi kata pancangan keterangan selama 10 minit.
- TUGASAN:
- Pelajar diminta melukis gambaran berdasarkan ayat yang diberikan iaitu: “Tatkala 6 kilang (SK ASST) diuji dengan 5 perkataan (KAMI SUKA HALIA UNITED STATES), mereka mesti memenuhi 4 syarat (KAJIAN 1) dan menghadapi 4 tentangan (M.S. WIRA KAMI), serta berhadapan dengan 2 natijah (SUGAR).
- Memberi tafsiran di sebalik lukisan tersebut.
- PEMBENTANGAN: Pelajar diminta membentangkan hasil tugasan masing-masing.
- KAITKAN: Pelajar-pelajar dikaitkan dengan ayat yang dimaksudkan tadi dengan 21 kata pancangan berketerangan iaitu:
- Tatkala 6 kilang (SK ASST)
= sementara, ketika, apabila, sewaktu, semasa, tatkala
- diuji dengan 5 perkataan (KAMI SUKA HALIA UNITED STATES), mereka mesti memenuhi 4 syarat (KAJIAN 1)
= kerana, semoga, hingga, untuk, setelah
- dan menghadapi 4 tentangan (M.S. WIRA KAMI),
= meskipun, sungguhpun, walaupun, kendatipun
- serta berhadapan dengan 2 natijah (SUGAR).
= supaya, agar
- INGAT: Pelajar diminta mengingat ayat + lukisan dan kaitan dengan 21 kata hubung tersebut.
- UJIAN MEMBINA AYAT: Pelajar diminta membina ayat majmuk sebanyak yang dapat mengandungi kata hubungan pancangan keterangan selama 10 minit.
BUKTI-BUKTI PELAKSANAAN
- Ujian Pengesahan Permasalahan: Penulisan Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
- Pelaksanaan Teknik “ALI” dengan melukis gambaran berdasarkan AYAT yang diberikan.
- Pembentangan Kumpulan: Lukisan yang dihasilkan dibentang
- Ujian Menulis Ayat Majmuk Pancangan Keterangan Yang Rencam
TANDA-TANDA KEJAYAAN
JADUAL 1: KERENCAMAN AYAT MAJMUK KETERANGAN YANG DIBINA
PELAJAR
|
SEBELUM
|
SELEPAS
|
1
|
3
|
15
|
2
|
4
|
8
|
3
|
1
|
4
|
4
|
4
|
12
|
5
|
2
|
4
|
6
|
4
|
12
|
7
|
5
|
10
|
8
|
5
|
6
|
9
|
8
|
11
|
10
|
2
|
13
|
11
|
9
|
15
|
12
|
6
|
20
|
13
|
2
|
10
|
14
|
4
|
7
|
15
|
3
|
8
|
16
|
4
|
13
|
17
|
3
|
12
|
18
|
5
|
11
|
19
|
7
|
10
|
20
|
6
|
12
|
21
|
6
|
9
|
22
|
8
|
9
|
23
|
9
|
10
|
24
|
3
|
5
|
JUMLAH
|
113
|
246
|