Portfolio

Dron 6: Kreatviti dalam Kehidupan

Dron 6: Kreatviti dalam Kehidupan

TINJAUAN DRON 6:

KREATIVITI DALAM KEHIDUPAN

 

Oleh Muhaimi Suhaili

Kreativiti bermula seiring dengan perkembangan semasa. Manusia menggunakan kreativiti untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul dan memerlukan penyelesaian masalah. Apabila mahu menyelesaikan sesuatu masalah, manusia memerlukan cara yang kreatif untuk menyelesaikan sesuatu persoalan atau permasalahan. Dengan perkataan lain, kreativiti itu sudah pun muncul sejak manusia mendiami bumi ini dan sejak pertama kali mendiami bumi ini. Manusia mula survival dari masa ke masa sehinggalah mereka meneruskan kehidupan hingga kita kini. Manusia belum pupus untuk menangani perubahan yang berlaku . Hal ini kerana mereka sentiasa memikirkan bagaimana mahu survival dalam kehidupan di muka bumi Tuhan ini. Kreativiti sendiri pun telah ditunjukkan oleh Adam dan Hawa ketika di syurga. Apabila Allah murka kepada mereka berdua kerana memetik buah kurdis iaitu buah-buahan di syurga, serta merta pakaian yang dipakai telah terlucut dari badan. Untuk menyelesaikan masalah ketika itu, mereka berdua telah mengambil daun-daun untuk menutup badan yang tiada seurat benang pun itu.

Begitupun fenomena eureka seharusnya menjadi cerita klasik yang perlu diketahui umum untuk menjadi inspirasi kepada mereka yang suka mencari jawapan kepada setiap persoalan. Malah cerita ini dikategorikan sebagai sejarah kreativiti yang berusia lebih 2300 tahun dahulu. Kepintaran Archimedes untuk menyelesaikan persoalan raja sama ada mahkotanya itu mengandungi emas tulen ataupun tidak, menjadi cukup terkenal. Archimedes seorang saintis terkenal yang sudah lama memerah otak masih tidak dapat menyelesaikan persoalan tersebut akhirnya berputus asa kerana tinggal dua hari laginya untuknya menghadap raja. Beliau akhirnya memutuskan untuk berehat dan mandi di tengah kota yang cukup terkenal dengan kunjungan para aristokrat.  Rupa-rupanya Archimedes seolah-olah mendapat ilham untuk menyelesaikan persoalan Raja ketika dia memasukkan dirinya perlahan-lahan ke dalam bekas mandi. Ketika itulah air dalam bekas itu turut naik hinggalah ia melimpah keluar sebaik sahaja Archimedes menenggelamkan keseluruhan tubuhnya ke dalam bekas mandi itu. Beliau terus membuat kesimpulan berdasarkan pemikiran kreatifnya bahawa jumlah berat bahan yang masuk ke dalam bekas itu mestilah sama dengan berat air yang melimpah keluar. Selepas itu, terhasillah Hukum Archimedes.

Falsafah kreativiti juga muncul dalam karya Sun Tzu itu sendiri yang sangat terkenal melalui bukunya The Art of War. Penulis dengan daya kreativitinya sendiri menyelesaikan setiap permasalahan malah banyak mencipta “tipu daya” dalam peperangan. Walaupun cerita klasik tersebut sudah berusia lebih kurang 200 tahun sebelum Masihi, namun kreativiti Sun Tzu masih segar dan sangat mempengaruhi strategi peperangan moden. Malah cerita beliau itu menjadi inspirasi lepada mereka yang “berperang” dalam dunia perniagaan. Dalam The Art of War, Sun Tzu menyebut bahawa untuk mencapai kemenangan, “Strategi Kalah ke-31 di bawah perangkap indah” boleh digunakan. Beliau dengan pemikiran kreatifnya menulis:

“Kirimlah musuh anda dengan perempuan-perempuan cantik yang akan menyebabkan

perselisihan di garis pertahanan mereka. Strategi ini dapat dilsaya kan pada tiga tahap. Pertama, penguasa akan terpesona oleh kecantikan sehingga melalaikan tugasnya dan tahap waspadanya akan menurun. Kedua, para lelaki akan menunjukkan sikap agresifnya yang akan menyebabkan berlaku nya perselisihan kecil antara mereka. Ketiga, para perempuan akan dimotivasikan oleh rasa cemburu dan iri hati, sehingga akan melakukan tindakan yang pada akhirnya akan menyebabkan keadaan makin buruk!”

Pada abad moden ini tidak dapat dinafikan pemikiran kreatif menjadi amat penting ke arah penciptaan inovasi untuk menangani sesuatu persoalan. Manusia haruslah dapat menangani sesuatu persoalan setiap kali perubahan baharu berlaku . Setiap perubahan yang berlaku  dan akan berlaku  memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif untuk menanganinya. Penciptaan sesuatu yang baharu sentiasa berubah mengikut perkembangan semasa. Dengan perkataan lain, selagi manusia hidup di dunia ini selagi itu masalah sentiasa melanda. Maka selagi itu jugalah kreativiti diperlukan untuk menangani sesuatu persoalan atau masalah.

Kekreatifan bukanlah perkara baharu dalam hidup manusia. Hal ini kerana kreativiti ini jugalah menjadikan kehidupan manusia semakin segar dan inovatif, serta berubah-ubah. Negara-negara maju sebenarnya berlumba-lumba untuk menghasilkan sesuatu yang baharu atau menghasilkan sesuatu produk, perkhidmatan dan apa sahaja jenis keluaran untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau persoalan. Malah kemajuan sesebuah negara itu diukur melalui banyak mana penghasilan produk atau perkhidmatan kreatif yang dihasilkan. Semuanya ini berasaskan kepada pemikiran kreatif sesuatu bangsa itu.

Kebanyakan daripada tamadun bangsa yang lahir suatu ketika dahulu sudah lama tenggelam kerana tidak dapat mempertahankan kreativiti dalam budaya masyarakat. Malah boleh dikatakan bahawa kalau sesuatu bangsa itu tidak dapat menangani perubahan dunia dengan daya kreativiti mereka maka layaklah mereka menjadi bangsa yang ketinggalan dan akhirnya ”pupus”. Seperti kata pepatah “Jangan menjadi burung undan yang sentiasa mengekori lori pengangkut ikan, dan mengharapkan ikan tersebut di buang ke laut”. Akhirnya, oleh sebab terlalu bergantung kepada orang lain untuk melemparkan ikan ke laut menyebabkan burung ini pupus di pantai Monterey, Carlifornia (Danial, 2004).

Pada zaman Greek dahulu cukup terkenal dengan golongan cerdik pandai seperti Aristotle, Plato dan Socrates. Mereka ini dikatakan mempunyai pemikiran kreatif dan kritis. Mereka sentiasa berfikir untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan dan penyelesaian hingga suatu ketika zaman Greek mempunyai tamadunnya yang tersendiri. Socrates sendiri umpamanya seorang pemikir yang cukup terkenal pada zamannya. Dia dapat melihat permasalahan masyarakat dan tahu bagaimana menyelesaikannya. Pemikiran oleh cendekiawan ini digambarkan melalui pemikiran yang begitu tajam dalam melihat persoalan-persoalan masyarakat.

Begitu juga dengan Aristotle yang cukup terkenal dengan pemikiran logik dalam masyarakat pada waktu itu dan masih digunakan pada zaman sekarang. Begitupun daya kreativitinya tetap terpancar dengan ungkapan ”kemiskinan adalah ibu kepada revolusi dan jenayah”, dan ”sesiapa sahaja yang berkuasa percaya bahawa masa depan sesuatu empayar bergantung kepada pendidikan golongan mudanya (pada zaman Aristotle tidak terdapat sekolah umum). Kata-kata tersebut walaupun sudah berusia lebih dari 2500 tahun dahulu tetapi tetap segar dan relevan hingga sekarang. Semua ini ialah lahir daripada kreativiti bangsa yang ada pada masa itu (Michael H. Hart, 2003). Tony Fernandez selsaya  CEO telah berjaya membawa Air Asia.com sebagai syarikat penerbangan tambang murah yang terbaik di dunia. Semuanya bermula daripada pemikiran yang kreatif dengan cogan kata semua orang boleh terbang termasuk “binatang” seperti  dalam iklan oleh Air Asia.

 

 

DARI KACA MATA

The Yellow Hat

 

Speculative-Positive

 

Positive thinking.

Yellow is for sunshine and brightness.

Optimism.

Focus on benefit.

Constructive thinking and making things happen.

 

(Edward de Bono, dalam Six Thinking Hats)

 

 

 

Date

04 Oktober 2020

Tags

Dron Pembelajaran

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Pelawat

Hari Ini58
Semalam184
Minggu Ini860
Bulan Ini7405
Jumlah Pelawat139791

Who Is Online

1
Online

2024-03-29