Portfolio

Pembelajaran Berasaskan Projek

Pembelajaran Berasaskan Projek

Oleh Muhaimi Suhaili

 

Pembelajaran Berasaskan Projek

Menurut Adenan & Khairuddin (2012) Pembelajaran berasaskan projek ditakrifkan sebagai pembelajaran berfokuskan tugasan amali secara terancang dan sistematik dalam rangka masa tertentu yang kebiasaannnya melibatkan kutipan, analisis data dan penyediaan laporan betul dan tepat. 

PBP  amat signifikan dengan konsep pembelajaran alaf baru (alaf ke-21) yang menjurus kepada penghasilan produk (projek) yang piawai  dan ia berpusatkan pelajar. PBP merupakan model terkini dalam merangka aktiviti bagi penghasilan produk atau artifak pelajar diluar kelas.

Aktivitinya yang melangkaui bilik darjah  itu telah memberi ruang kepada para pelajar dalam pembangunkan minda mereka (kognitif).

Konsep PBP juga dilihat memberi ruang untuk ahli-ahli kumpulan dalam merangka perancangan gerak kerja pembangunan secara selaras, dapat membutirkan proses yang perlu dilalui, membentuk susun atur peranan ahli yang sistematik dan terarah. (Md. Baharuddin & Hairul) 

Hal ini  menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran menggunakan PBP haruslah berkaitan dengan apa yang berlaku dalam kehidupan harian murid supaya mudah untuk mereka mengaitkannya dengan projek yang dibuat melalui pendekatan PBP (Nitce Isa Medina & Shihah Abduk, 2013). 

Selain itu, PBP dilihat menggalakkan pelajar berfikiran outside of the box, kreatif dan inovatif, ia juga menggalakkan pembelajaran kolaboratif, memantapkan Gaya Pembelajaran Bestari iaitu self-directed, self-access, self-paced, memberi peluang kepada pelajar bekerja dalam isu dan amalan dunia sebenar, memberi peluang kepada pelajar memahirkan diri dalam aspek pengurusan kendiri seperti pengurusan masa, perancangan, pengurusan sumber, dan pengurusan tekanan., menggalakkan pelajar memantapkan kemahiran abad ke-21. Justeru itu,PBP dilihat telah membawa inovasi dalam amalan pengajaran dan pembelajaran (PnP) bagimembantu negara mentransformasikan ekonomi daripada berasaskan produk kepada ekonomiberasaskan pengetahuan (k-Economy) melahirkan bakal pekerja yang berpengetahuan danberkemahiran, merealisasikan matlamat pentaksiran berasaskan sekolah (school-based assessment), membangunkan modal insan dan membina kemahiran yang dikehendaki dalam dunia pekerjaan sebenar. (Md. Baharuddin & Hairul Nizam, 2011).

 

 

RUJUKAN

Md. Baharuddin Abdul Rahman & Hairul Nizam Ismail. (2011). Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) @ Project Based Learning (PjBL). Diakses daripada https://www.scribd.com/doc/49449994/Apa-Itu-Pembelajaran-Berasaskan-Projek

Nitce Isa Medina & Shihah Abduk. (2013).Pembelajaran Berasaskan Projek: Takrifan, Teori dan Perbandingannya dengan Pembelajaran Berasaskan Masalah (Project Based Learning. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad. (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn Bhd.



Date

05 September 2020

Tags

PEDAGOGI

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Pelawat

Hari Ini135
Semalam154
Minggu Ini759
Bulan Ini3069
Jumlah Pelawat143426

Who Is Online

2
Online

2024-04-19