
Bagaimana UNPACK (Merungkai) kurikulum?
Oleh Muhaimi Suhaili
UNPACK bermaksud MERUNGKAI. Perbuatan itu samalah maksudnya seperti membongkar, melerai, mencerakin, meneroka, "mengerudi", mencerai-berai, menelusuri akar dan sebagainya.
Sesuatu yang hadir dalam bentuk PACK, kita sebenarnya boleh juga melakukan UNPACK. Sebagai pengguna kita jarang sekali mahu melakukan UNPACK terhadap sesuatu produk atau barangan kerana sudah dianggap sempurna. Telefon umpamanya. Jarang sekali kita membuka sistem yang ada dalam telefon kerana tiada kaitan pun dengan kepakaran kita. Akan tetapi, pusat perkhidmatan ada kepakaran membuka dan mengganti mana-mana bahagian yang perlu. Itulah kepakaran untuk UNPACK produk tersebut. Itu skala besar.
Untuk skala kecil pun, kita tidak ada masa untuk "menelanjangkan" telefon itu tentang fungsi-fungsinya, kekuatan dan kelemahannya untuk diulaskan kecuali seseorang yang pakar atau yang ada minat dalam bidang itu.
Lihatlah di YOUTUBE, banyak sekali mereka yang melakukan UNPACK skala kecil terhadap produk telefon yang pelbagai jenis di pasaran. Cumanya, mereka menggunakan istilah UNBOXING.
Sumber: Youtube
Di situlah kita mula tahu fungsi-fungsi yang pelbagai yang tidak pernah kita gambarkan tentang keupayaan sesuatu telefon itu. Malah melepasi sempadan imaginasi kita.
Perbuatan UNPACK dianggapkan pemikiran aras tinggi kerana seseorang itu perlu mengaplikasi, menganalisis, serta membuat penilaian terhadap sesuatu produk itu. Tentulah memerlukan kajian dan kerja rumah yang banyak.
Oleh itu, orang yang boleh UNPACK dianggap pakar dan genius dalam bidangnya. Saya ambil satu lagi contoh iaitu - motosikal. Bayangkan kereta yang kita beli, bukannya kita tahu komponen yang berinteraksi antara satu sama lain, dalam bentuk satu sistem yang menggerakkan motosikal itu bukan?
Gambar: Utusan online
Berlainan dengan mekanik yang dianggap genius dalam bidangnya. Mereka boleh tahu, di manakah masalah tersebut berlaku kerana mereka boleh UNPACK sistem yang ada dalam motosikal itu. Waima motosikal itu "dileraikan" satu persatu kompenannya, dan mereka tentu dapat PACK atau "memasang"motosikal itu semula.
Inikan pula jika ada masalah yang berlaku terhadap motosikal itu. Mereka tahu penyakitnya dan sistem mana yang terganggu menyebabkan motosikal itu tidak berfungsi. Hal ini kerana mereka genius dalam bidang mereka.
Dalam konteks pembelajaran, seorang guru itu harus genius dalam bidang mereka. Antaranya dapat UNPACK DSKP yang dalam bentuk PACK itu, apatah lagi untuk meleraikan komponen yang ada di dalamnya. Kebolehan guru UNPACK tentulah menjadi kepakaran mereka dan seharusnya dikuasai, bukan hanya mengajar berdasarkan tajuk semata-mata.
Sumber: Youtube
Langkah-langkah membuat UNPACK:
1. Ada DSKP, dan kalau tidak, muat naik dalam talian.
2. Ada Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)/ Penggal/ Semester
3. Berdasarkan RPT, rujuk tarikh, minggu, tema, tajuk, SK, SP dll.
3. UNPACK Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dalam RPT tersebut.
4. Menentukan bentuk pentaksiran yang digunakan untuk melihat keberkesanan sesi pembelajaran tersebut.
4. Mereka bentuk pembelajaran bagi memenuhi standard pembelajaran dan pentaksiran.
Contoh:
3.1 Menulis untuk menerangkan makna kata dan istilah, rangkai kata, ungkapan dan ayat.
3.1.1 Menulis dan menerangkan makna kata, rangkai kata, istilah, ungkapan dan ayat dengan betul mengikut konteks.
(Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2017). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Melayu Tingkatan 3. Putrajaya: KPM.)
Terdapat dua elemen yang terdapat dalam sesuatu standard pembelajaran tersebut iaitu:
(1) Kemahiran
(2) Pengetahuan
Dalam SP 3.1.1, kemahiran yang perlu dicapai oleh muris ialah "menulis untuk menerangkan", manakala pengetahuan pula ialah "makna kata, istilah, ungkapan dan ayat yang betul mengikut konteks."
Soalnya, bagaimana seseorang guru itu mereka bentuk pembelajarannya agar kemahiran "menulis untuk menerangkan" dapat dipelajari murid, tentang pengetahuan yang diajar iaitu tentang "makna kata, istilah, ungkapan dan ayat yang betul mengikut konteks."
Selepas itu, guru perlu tentukan bentuk pentaksiran yang akan dilakukan agar standard pembelajaran atau hasil pembelajaran dapat dicapai.
Dalam membuat pentaksiran ini, beberapa cara untuk melaksanakannya seperti di bawah ini.
1. Berdasarkan rubrik yang terdapat dalam DSKP. Dalam kemahiran di atas, Standard Prestasi Kemahiran Menulis dicadangkan seperti berikut:
STANDARD PRESTASI KEMAHIRAN MENULIS | |
TAHAP PENGUASAAN | PERNYATAAN |
1 Sangat Terhad | Menulis ungkapan, ayat dan pendapat dengan betul, meringkaskan maklumat, mengadaptasi prosa dan bahan grafik, membina kerangka dan menghasilkan penulisan dengan menggunakan bahasa yang menarik dan gramatis serta mengedit dan menyunting teks dengan betul, tepat dan gramatis pada tahap sangat terhad. |
2 Terhad | Menulis ungkapan, ayat dan pendapat dengan betul, meringkaskan maklumat, mengadaptasi prosa dan bahan grafik, membina kerangka dan menghasilkan penulisan dengan menggunakan bahasa yang menarik dan gramatis serta mengedit dan menyunting teks dengan betul, tepat dan gramatis pada tahap terhad. |
3 Memuaskan | Menulis ungkapan, ayat dan pendapat dengan betul, meringkaskan maklumat, mengadaptasi prosa dan bahan grafik, membina kerangka dan menghasilkan penulisan dengan menggunakan bahasa yang menarik dan gramatis serta mengedit dan menyunting teks dengan betul, tepat dan gramatis pada tahap memuaskan. |
4 Baik | Menulis ungkapan, ayat dan pendapat dengan betul, meringkaskan maklumat, mengadaptasi prosa dan bahan grafik, membina kerangka dan menghasilkan penulisan dengan menggunakan bahasa yang menarik dan gramatis serta mengedit dan menyunting teks dengan betul, tepat dan gramatis pada tahap kukuh. |
5 Sangat Baik | Menulis ungkapan, ayat dan pendapat dengan betul, meringkaskan maklumat, mengadaptasi prosa dan bahan grafik, membina kerangka dan menghasilkan penulisan dengan menggunakan bahasa yang menarik dan gramatis serta mengedit dan menyunting teks dengan betul, tepat dan gramatis pada tahap tekal dan terperinci. |
6 Cemerlang | Menulis ungkapan, ayat dan pendapat dengan betul, meringkaskan maklumat, mengadaptasi prosa dan bahan grafik, membina kerangka dan menghasilkan penulisan dengan menggunakan bahasa yang menarik dan gramatis serta mengedit dan menyunting teks dengan betul, tepat dan gramatis pada tahap tekal, terperinci dan menjadi teladan. |
Dalam mereka bentuk pembelajaran, kemahiran "menulis untuk menerangkan" perlu ada aktivitinya. Akan tetapi sejauh manakah keberkesanan? Oleh itu, seseorang guru itu perlu fikir satu cara yang terbaik agar kemahiran ini dapat dikuasai dengan berkesan. Di sinilah wujudnya "seni mengajar".
2. Sekiranya, seseorang guru hendak membuat pentaksiran untuk tujuan menghasilkan kajian tindakan, maka beberapa cara mengutip data yang dicadangkan iaitu seperti melalui Ujian, Temu Bual dan Pemerhatian.
3. Dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) juga turut menyarankan beberapa kaedah yang digunakan bagi melihat pencapaian seseorang pelajar itu.
4. Bagi inovasi, dicadangkan aspek penilaian ialah:
- Outcomes (Hasil [H]) melalui dapatan data kuantitatif dan kualitatif dalam jangka masa pendek.
- - Cara kumpul data (Pemerhatian, temu bual, analisis dokumen dll)
- - Cara Analisis data (ujian [instumen/soalan Subjektif? Objektif? Rubrik? dll])
- - Lapor dapatan (deskriptif - mod, min, peratus/graf dll)
- Menjangkakan Impact (Impak [I]) yang diperoleh dalam jangka masa panjang.
- Effectiveness (Keberkesanan [K])