Portfolio

Contoh Persediaan Mengajar Bahasa Melayu Tingkatan 3 KBSM

Contoh Persediaan Mengajar Bahasa Melayu Tingkatan 3 KBSM

MASA: 11:08:19 PM

TARIKH: 05/20/2021

 

Oleh Muhaimi Suhaili

Mata Pelajaran              :           Bahasa Melayu

Tingkatan                     :           Tiga Orkid

Bilangan murid              :                 / 25 orang

Tarikh / Hari                 :           13 Ogos 2019 / Selasa

Masa                           :            8.30 hingga 9.30 pagi

Tema                           :           Alam sekitar dan Teknologi Hijau

Tajuk                           :           Katak Oh Katak

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
4.3 Menghasilkan karya fiksyen dan puisi secara terancang. 4.3.2 Menghasilkan puisi berdasarkan bahan rangsangan yang sesuai menggunakan bahasa yang indah dan menarik.

 

Objektif / Kriteria Kejayaan

Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat: 

  1. melafazkan pantun yang dikenal pasti dalam petikan dialog ”Katak! Oh! Katak!” dan video Pantun Damak kepada Pak Malau.
  2. menghasilkan kurang-kurangnya dua buah pantun empat kerat dengan menggunakan bahasa yang indah dan menarik.
  3. menjual pantun dan membeli pantun dalam acara berbalas pantun dengan persembahan yang sesuai. 

Sistem bahasa:

  • Tatabahasa: Sintaksis - ayat tanya
  • Kosa kata – pensyarah, kuliah, syaitan, teka-teka, dan puisi
  • Sebutan dan intonasi yang betul 

Pengisian kurikulum (Elemen Merentas Kurikulum)

  • Ilmu - Sains
  • Nilai murni – kesabaran, bekerjasama, berdikari, hormat-menghormati
  • Alam sekitar dan Teknologi Hijau – menghargai flora dan fauna
  • Kreativiti: menghasilkan pantun untuk dijual dan dibeli 

Kepelbagaian kaedah dan teknik [Strategi]

  • Kemahiran berfikir (KB)
  • Kepintaran pelbagai (KP)
  • Pembelajaran kontruktivisme
  • Pendekatan didik hibur
  • Pembelajaran koperatif

Bahan Bantu Mengajar

  Jenis Bilangan
1 Tag nama 25
2 Objek katak 1
3 Kain penutup 1
4 Muzik (sayu) 1
5 Sedutan video ”Ali Setan” & video Damak kepada Pak Malau (YOUTUBE) 1
6 Seni kata lagu ”K.A.T.A.K” 1
7 Lampiran 1: Pengayaaan 19
8 Lampiran 2: Pemulihan 6

 

 

Pengetahuan sedia ada:          

Murid sudah mengetahui ayat tanya dan bentuk pantun empat kerat. Murid juga mengetahui tentang melodi lagu ”C.I.N.T.A. K.I.T.A.”

 

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN / PERINCIAN AKTIVITI

Langkah Isi pelajaran Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan
 

Set Induksi

(Lima minit)

 

1. Latar muzik

Muzik yang berirama lembut dan menyayukan perasaan.

 

2. Soalan

1. Cuba teka, objek apa yang ditutup dengan kain hitam di depan ini?

- Katak

 
  1. Murid diperdengarkan dengan muzik suspens dan pada masa yang sama dibawa untuk memberi tumpuan terhadap objek yang ditutup dengan kain di depan kelas.
  2. Murid meneka objek yang ditutup dengan kain tersebut.
  3. Murid diberitahu tentang objek yang ada di depan kelas selepas beberapa tekaan yang dibuat.
  4. Murid diberi “ganjaran” kerana berjaya meneka objek yang ditutup dengan kain itu.
  5. Murid ”meraikan” objek yang berjaya diteka tadi.
 

BBM

Objek katak

Kain penutup

Muzik sayu

 

KP

Muzik

 

KB

Membuat ramalan.

 

Nilai murni

Kesabaran

 

Ilmu

Sains

 Langkah 1

(10 minit)

 

1. Tag nama

Nama murid

 

2. Lagu: K.A.T.A.K

K.A.T.A.K. P.U.R.U

Katak Puru!

J.E.R.I.T. N.A.M.A.

Jerit nama

Hujan-hujan!

(ulang dua kali)

 

3. Petikan: “Katak! Oh! Katak!”

(Rujuk Lampiran 1)

 

4. Kosa kata

- pensyarah

- kuliah

- syaitan

- teka-teki

- puisi

 

5. Ayat tanya

- Ada sesiapa yang hendak memberi contoh?

- Apakah bendanya itu?

- Tiada contoh lain ke?

- Mana dia?

- Apa yang cik adik dapat, untuk hadiah hari jadi?

- Ada sesiapa yang hendak memberi contoh?

 

 

6. Pantun empat kerat

Lompat si katak lompat,

Lompat tinggi-tinggi;

Apa yang cik adik dapat,

Untuk hadiah hari jadi?

 
  1. Murid diagihkan dengan tag nama dengan warna yang berbeza-beza dan mereka dikehendaki menulis nama sendiri dengan menggunakan pen marker.
  2. Berdasarkan kumpulan yang telah ditentukan melalui warna tag nama tersebut, murid menyanyikan lagu ”K.A.T.A.K” dengan gaya sekali.
  3. Murid diagihkan dengan petikan “Katak! Oh! Katak!”
  4. Murid membaca senyap petikan “Katak! Oh! Katak!”sambil memahaminya.
  5. Beberapa orang murid dipilih untuk membaca teks tersebut mengikut watak masing-masing.
  6. Murid dipertontonkan dengan video sedutan filem, “Ali Setan” dengan dialog yang menggunakan sebutan dan intonasi yang betul seperti yang ditunjukkan dalam filem tersebut.
  7. Murid mengenal pasti beberapa perkataan yang sukar yang terdapat dalam petikan tersebut.
  8. Murid diperkenalkan beberapa kosa kata yang terdapat dalam petikan dan “meraikannya”.
  9. Murid membaca kuat teks tersebut secara beramai-ramai mengikut kumpulan yang telah ditetapkan watak masing-masing selepas dipertontonkan dengan video, “Ali Setan”.
  10. Murid menggariskan beberapa ayat tanya seperti yang terdapat dalam petikan tersebut dan memaparkan di depan kelas.
  11. Murid melafazkan ayat-ayat tanya yang disenaraikan itu secara beramai-ramai.
  12. Murid mengenal pasti pantun empat kerat yang terdapat dalam dialog tersebut.
  13. Murid melafazkan pantun tersebut secara individu dan beramai-ramai.
 

BBM

Tag nama

 

KB

Menganalisis

 

KP

Muzik

 

 

Nilai murni  

hormat-menghormati

 

Pendekatan didik hibur

Menyanyikan lagu Katak Oh Katak
 

Langkah 2

(13 minit)

 

1. Video Pantun Damak kepada Pak Malau

 

Kajang Pak Malau kajang berlipat,

      Kajang hamba mengkuang layu;

Dagang tuan hamba dagang bertempat,

     Dagang hamba musafir lalu.

 

 

2. Sebuah pantun soalan empat kerat dan sebuah pantun jawapan empat kerat bagi setiap kumpulan 

Pantun soalan Pantun jawapan
K1 kepada  K2 K2 kepada K1
K2 kepada K3 K3 kepada K2
K3 kepada K4 K4 kepada K3
K4 kepada K5 K5 kepada K4
K5 kepada K1 K1 kepada k5

 

 

 

 
  1. Murid diperdengarkan dengan lafaz pantun yang diucapkan oleh Damak dengan Pak Malau.
  2. Murid melafazkan pantun itu beramai-ramai.
  3. Murid diagihkan dalam kumpulan masing-masing dan menamakan kumpulan mereka mengikut tema
  4. Murid dalam kumpulan diminta menghasilkan sebuah pantun empat kerat yang berupa pertanyaan atau teka-teki.
  5. Setiap kumpulan  pula mengagihkan pantun soalan yang telah siap dihasilkan itu kepada kumpulan yang ditetap untuk menjawab pantun tersebut.
  6. Murid dalam kumpulan menghasilkan pantun jawapan berdasarkan soalan pantun yang diagihkan kepada mereka.
 

KB

Menjana idea menyelesaikan masalah

 

Kreativiti Menghasilkan pantun untuk dijual dan dibeli

 

 

KP

Verbal lingisutik

 

Nilai murni

Kesabaran

Kebebasan

Bekerjasama

 

Kontruktivisme

Membina pengetahuan dan pengalaman baharu dalam  membina pantun daripada pengetahuan yang sedia ada

 

Pembelajaran koperatif

Jaringan antara kumpulan melalui pantun

 

Langkah 3

(15 minit)

 

1. Pantun empat kerat (soalan)

Pantun yang mengandungi soalan yang dihasilkan oleh setiap kumpulan untuk dijual.

2. Pantun empat kerat (jawapan)

Pantun yang mengandungi jawapan yang dihasilkan oleh setiap kumpulan untuk dibeli.

3. Giliran berbalas pantun berdasarkan  jadual giliran yang ditetapkan. 

Pantun soalan untuk dijual Pantun jawapan untuk dibeli
K1 kepada  K2 K2 kepada K1
K2 kepada K3 K3 kepada K2
K3 kepada K4 K4 kepada K3
K4 kepada K5 K5 kepada K4
K5 kepada K1 K1 kepada k5
 
  1. Murid dalam kumpulan menjual pantun kepada kepada kumpulan lain seperti jadual giliran yang telah ditetapkan.
  2. Kumpulan yang tersebut pula membeli pantun yang dijual oleh kumpulan tadi.
  3. Murid dalam kumpulan yang berikutnya (seperti dalam jadual giliran yang ditetapkan) berbalas pantun sehinggalah kepada giliran kumpulan terakhir sebagai penamat.
 

KB

Menjana idea, membuat kaitan dan perhubungan

 

KP

Verbal- linguistik

 

Nilai murni

Kerjasama

 

Ilmu

Sains

 

Pembelajaran koperatif

Jaringan antara kumpulan melalui pantun

 

Langkah 4

(12minit)

 

1. Latihan

Latihan 1 – Pengayaan

Latihan 2 – Pemulihan

 
  1. Murid pengayaan diagihkan dengan Latihan 1, dan diminta menghasilkan tiga buah pantun empat kerat berdasarkan tema yang ditetapkan.
  2. Murid pemulihan diagihkan dengan Latihan 2, dan diminta mengisi tempat kosong bagi tiga buah pantun empat kerat yang kurang lengkap dari segi pembayang dan maksudnya berdasarkan senarai baris yang diberikan.
 

KB

Mencipta pantun

Menyusun atur pantun

 

Kelestarian alam sekitar

Menghargai flora dan fauna

 

Kreativiti Menghasilkan pantun

 

 

Nilai murni

Berdikari

 

Penutup

(Lima minit)

 

Soalan-soalan

  1. Sebutkan kosa kata yang telah anda pelajari?
  2. Berikan beberapa ayat tanya yang telah anda pelajari.
  3. Bacakan sebuah pantun empat kerat yang telah anda pelajari beramai-ramai.

 

Lagu: K.A.T.A.K

 

K.A.T.A.K. P.U.R.U

Katak Puru!

J.E.R.I.T. N.A.M.A.

Jerit nama

Hujan-hujan!

(ulang dua kali)

 
  1. Murid menjawab soalan yang ditanya oleh guru tentang isi-isi pelajaran hari ini.
  2. Murid menyanyikan lagu ”K.A.T.A.K” beramai-ramai.
 

KB

Merumus

 

KP

Muzik

 

Nilai murni

Keberanian

 

Ilmu

Sains

 Refleksi:

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

 

Date

11 Julai 2020

Tags

PEDAGOGI

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Pelawat

Hari Ini106
Semalam154
Minggu Ini730
Bulan Ini3040
Jumlah Pelawat143397

Who Is Online

1
Online

2024-04-19