Galeri

Sesi Perkongsian tentang PUSAR + DO, dan Taklimat Pengoperasian Inovasi

PADA 7 Julai 2020, Jabatan Pengajian Melayu (JPM) menganjurkan sesi perkongsian tentang PUSAR + DO, dan taklimat pengoperasian inovasi kepada para pensyarah JPM dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) bagi membimbing 122 orang pelajar JPM untuk menghasilkan inovasi.

Objektif perkongsian ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para pensyarah untuk membimbing pelajar menghasilkan inovasi.

Melalui kaedah PUSAR + DO, pelajar dapat mempersiapkan langkah-langkah yang harus diambil tentang hala tuju sebelum menghantar laporan inovasi untuk tujuan Konvensyen Penyelidikan dan Inovasi peringkat IPG Kampus Tun Abdul Razak.

Sesi perkongsian tersebut telah disampaikan oleh Encik Muhaimi Suhaili, dari Jabatan Pengajian Melayu.

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Pelawat

Hari Ini64
Semalam139
Minggu Ini988
Bulan Ini4363
Jumlah Pelawat144720

Who Is Online

2
Online

2024-04-25