Galeri

Bengkel Siri 2: Bimbingan Pelaporan Inovasi dengan Menggunakan Kaedah PUSAR + DO dan laporan kajian tindakan

Bengkel Siri 2 tentang panduan pelaporan inovasi dan kajian tindakan telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Abang Man, Simunjan pada 11 hingga 12 Ogos anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Simunjan dengan kerjasama Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Tun Abdul Razak.

Seramai 24 peserta yang terdiri daripada guru sekolah rendah dan menengah ini telah mengikuti kursus ini dan dibimbing untuk menghasilkan laporan inovasi dengan menggunakan kaedah PUSAR + DO dan kajian tindakan.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Simunjan iaitu Puan Hamsiah Lazim.

Sesi bengkel itu telah dikendalikan oleh Encik Muhaimi Suhaili, Encik Halik Wang dan Encik Michael Belekum iatu pensyarah dari Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan.

 

 

GARAPAN MINDA

Kita mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi kita dapat melahirkan generasi yang akan mengubah dunia. - muna

 

Disclaimer

Kami menyediakan bahan dan maklumat berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dan menilai sendiri mana-mana maklumat yang sesuai dan autentik, serta memasukkan daripada sumber mana dipetik. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kemudaratan atau seumpama dengannya, yang berlaku akibat menggunakan bahan dan maklumat yang kami kongsikan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama demi kemaslahatan sejagat.

Pelawat

Hari Ini387
Semalam233
Minggu Ini620
Bulan Ini3995
Jumlah Pelawat144352

Who Is Online

2
Online

2024-04-23